Bercakap bab menonton tv ni, aku nak bercakap tentang seorang pendatang baru dalam dunia lakonan iaitu Azam Pitt. Selalunya, aku agak lambat nak terkesan dengan lakonan actor2 baru di tv. Tp, berlainan dengan Abang Azam Pitt kite nih..nampaknya, lakonan dia telah berjaya meninggalkan kesan di hatiku. Pada pendapat aku, Azam ni mula dikenali & diminati ramai melalui drama Sijundai. Pemegang watak Edy ini memerankan watak lelaki gagap & berpersonaliti sopan. Azam Pitt yang berasal dari Kuching, Sarawak ternyata berjaya membawa karakter tersebut dengan baik. Jangan tak tahu, dia juga mempunyai bakat menyanyi yang baik & pernah menyertai MyStarz LG Musim 3..
Aku mengenali wajah Azam Pitt juga melalui Sijundai sebenarnya. Disebabkan jarang minat pelakon2 baru, aku pun melihat lakonannya sebagai biasa saja..di awal episod drama tersebut. Tapi! Setelah masuk episod2 yang seterusnya hingga ke akhir, ada aura dalam lakonan Azam yang membuat aku setia menonton Sijundai. Agak lama aku mengidolakan Umie Aida sebagai pelakon Melayu yang paling aku suka..dan sampai sekarang aku masih meminatinya. Pelakon lelaki Melayu belum ada yang betul2 aku minat secara mendalam. Adakah Azam Pitt orangnya? I guess 'yes' sebab dia sangat berbakat :) Semoga negara kita ada pelakon pelapis sepertinya.