Saturday, December 15, 2012

Tersirat

As salam & salam kasih sayang...

      Seperti biasa, kalau aku muncul kat sini pasti bersebab & ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Hmm..malam tadi aku teringat pada buku2 zaman sekolah. Rasa rindu nak baca pada apa yang aku pernah tulis lebih-lebih lagi kalau membaca sesuatu yang tiada kaitan dengan pelajaran. Haa..memang kelakar. Zaman sekolah memang zaman tangan gatal. Pantang ada kertas & pen..ada saja benda yang nak ditulis. Haii..itulah aku..yang mula dipanggil sebagai 'Syaz' bermula Tingkatan 2 seingat aku.

      Bongkar punya bongkar, aku jumpa sebuah buku berwarna coklat berlatar belakangkan dedaun zaman dinosaur..yeke? Entahlah. Ala2 daun winter sonata pun ye jugak. Itulah dia buku yang penuh dengan puisi2 aku yang tak berapa nak hebaq. Sekali baca..aku tersenyum. Dua kali baca pun masih tersenyum. Hati sendiri pun berbisik, "Aku ke yang tulis macam ni masa tu? Gila jiwang." Sebenarnya aku pernah ada diari masa form 1 dulu, tp sebenarnya aku tak percaya pada diari..aku rasa 1 day org lain akan jumpa & baca. So, aku koyak2 diari tu & buang :P Sebab itulah aku banyak tulis puisi. Perasaan yang diterjemahkan melalui puisi lebih tersirat untuk difahami orang lain. Aku lebih selesa begitu sebab setiap puisi yang ditulis mengingatkan aku pada peristiwa apa yang telah berlaku dalam kehidupanku. Namun, ada juga puisi yang saja-saja aku karang masa tu untuk isi masa lapang.

      Menurut pemerhatianku sendiri, aku merasakan penulisan puisiku mulai matang sedikit menjengah usia 15tahun (tingkatan 3). Ayatnya lebih tersusun berbanding sebelumnya. Makna tersirat pun makin menebal di balik puisi yang semakin matang mengikut peredaran usiaku. Jadi, aku ingin kongsikan salah 1 puisi karanganku masa zaman sekolah. Siap ada tarikh tercatat untuk mengingatkan aku bila puisi ini ditulis dalam buku tu. Dengan ini aku persembahkan sebuah puisi bertajuk PELAYARAN NAKHODA, bertarikh 29 Disember 2003. Ngee````....... (Sila tutup mulut anda dengan tapak tangan kalau rasa nak ketawa) Hehe..

Kalau perasaan boleh berkata
Maka ia akan berkata
Aku bagai tersembunyi di balik awan
Menangis tanpa lagu
Merintih tanpa saksi
Terasa diri di lubuk terakhir
Mundur..sayu..hampa..

Kapal berlayar melayan gelora
Nakhodanya bijak
Sayang sekali tiada pun tiba di pelabuhan
Khabarnya karam
Khabarnya jua..nakhoda bijak terlepas pandangan
Saat itu ujiannya getir
Berhempas-pulas mengawal laluan
Ramai mengharap kapal kan tiba
Sayang seribu kali sayang
Kapal hanyut tersadai di pesisiran
Nakhoda hanyut hilang di lautan

      Itu sahaja yang ingin aku kongsikan. Kadang2 tengok tulisan lama2..memang lucu. Apelah yang difikirkan masa tu? Pelbagai persoalan yang BERjawab sebenarnya, tetapi jawapan itu yang tidak aku endahkan ada masanya. Kehidupan memang banyak ujian. Kalau tak diuji, manusia mungkin akan terus leka dengan duniawinya. Apa yang penting, semua yang berlaku adalah bersebab. Ia juga diiringi hikmah yang tersendiri. Kita kena PEKA dan memPERBAIKI diri. InsyaAllah semuanya akan baik2 saja. Sekian... :)

Thursday, November 1, 2012

Chacha's Collection


Sila klik SimplySiti C Bright untuk mendapatkan diskripsi lanjut mengenai produk skincare seperti yang terpapar dalam gambar di atas. Simplysiti Eau De Parfum pula datang dengan tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious & Memoire. Pilihanku Precious. Anda bagaimana?

Saturday, October 20, 2012

Yogurt Masker

As salam & salam 1 Malaysia semua..

      Di hari sabtu yang tenang & menyegarkan ini, tergerak hati aku untuk post apa yang sedang terlintas di fikiran. Setelah membalun sepotong kek pemberian sepupuku, di hadapan laptop inilah aku duduk sampai kematu ditemani lagu Arrora Salwa berjudul Ahmad. Maka bernyanyilah aku "Pertama si aku malu2.. Saat ku dekat ku ragu2.. Mungkinkah dia suka padaku.. Ah Ah Ahmad...." Hurmmm..baru intro je tuh. Tak dengar lagi aku nyanyi bahagian chorus. Confirm kilat sabung-menyabung (bukan setakat hujan je yang turun ye Cik Chacha).

      Anyway, topik kali ni bukan pasal si cantik manis Arrora Salwa atau si superstar 'Ahmad'. Aku nak kupas isu kecantikan. Isu kecantikan memang banyak & meluas untuk dibincangkan. Dengan itu, aku kecilkan skopnya kepada 'petua kecantikan'. Memang aku tak layak lagilah nak nasihatkan orang lain bab-bab kecantikan. Aku bukan penjual jamu, beauty advisor atau yang sama maksud dengannya. Walaubagaimana pun, SHARING is CARING kan :)

      Dulu2 masa zaman sekolah menengah, kulit muka tidaklah berjerawat sangat. Bab-bab penjagaan muka pun aku tak amik pot sangat. Tapi penggunaan facial wash setiap hari memanglah wajib gituu walaupun aku tak heran sangat pasal krim muka ke..facial treatment ke kan. Tapi start form 5 (seingat aku), aku dah mula baca buku2 petua kecantikan tradisional. Maksud aku..membaca buku berkaitan penjagaan wajah & kesihatan badan dengan menggunakan bahan semulajadi (sumber alam)  / something yang murah & senang didapati.

      Belek punya belek setiap petua, aku tertarik kepada penggunaan susu masam atau lebih dikenali dengan nama glamournya 'yogurt'. Nenek aku selalu menyebutnya 'tairu'. Sama sahaja itemnya. Banyak khasiat yogurt bukan sahaja sebagai makanan berkhasiat tetapi juga sebagai masker disukai ramai. Khasiatnya sebagai bahan kecantikan juga sering disebut-sebut. Ia dikatakan bagus untuk kulit kerana kandungan asid laktik & enzim semulajadinya. Ia boleh menenangkan, melembutkan, & menghidratkan kulit. Selain itu kerana ciri2 antibakteria & antikulat yang ada pada yogurt, ia dikategorikan pembersih kulit yang baik juga.

      
      So... One day when i was 17, aku pun mencuba petua/resipi kecantikan menggunakan yogurt ini. Actually, kena guna yogurt asli tanpa perisa. Kerana ikut kepala aku sendiri, aku tak kisah guna yogurt perisa strawberry ke, raspberry ke..& berry2 apa skalipun..untuk ditempek ke muka sebagai masker.

      
      Masa sekolah time tu, biasanya aku pakai masker after mandi pagi. Sapukan rata ke seluruh muka. Kemudian aku baring & tunggu sehingga ia kering. Kalau nak cepat kering, halakanlah kipas angin ke muka anda. Next, bila dah kering, barulah aku bilas menggunakan air bersih (tanpa perlu guna facial wash untuk bilas). Very natural kan? Until 1 day, my friend tegur tentang perubahan kulit aku yang semakin halus/licin. Dia beriya-iya kata aku gunakan masker dari brand tertentu. Dan aku hanya tersenyum..hehehe.

      Itulah aku pada MASA ITU yang cuma sekejap kerajinannya. Dah lama aku tak praktikkan lagi penggunaan yogurt sebagai masker selepas tamat sekolah menengah. Al-maklumlah, zaman tinggal kat hostel tak ada peti sejuk dalam bilik. Rosaklah yogurt jika tak dapat disimpan dengan baik. Aku pun semakin melupakan petua itu begitu sahaja. Nak buat semua2 ni kena rajin. Kalo tak, memang jadilah macam aku. Apapun, kerana teringat akan khasiat yogurt pada kulit, aku sharekan semula petua ini kerana ia simple & easy!

      Sebelum mengakhiri post kali ini, aku kongsikan 1 resipi yogurt (untuk memutihkan / mencerahkan kulit). Menurut Viva Woman, resipi ini datang daripada Leon di Glowing Diva. Bahan2 yang digunakan adalah seperti berikut:

 - 2 sudu besar fresh plain yogurt (yogurt asli yang segar)
 - 1 sudu besar jus oren

      Campurkan campuran bersama2 & sapukan pada muka anda & bilas selepas 15 minit. Lembapkan kulit anda dan jangan lupa untuk menyapu krim / losen pelindung matahari kerana oren mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Asid) yang boleh menjadikan kulit anda photosensitive. Aku tak berapa tahu apa itu photosensitive. Tetapi salah 1 sumber yang aku baca, pewangi juga bersifat photosensitive dan akan menyebabkan pigmentasi kerana pancaran sinar matahari. So, sila lembapkan kulit anda sepertimana anda menyapu moisturizer/pelembap muka terlebih dahulu sebelum keluar rumah (sesudah anda memakai masker yogurt itu tadi) Sekian, selamat mencuba! ;

Friday, October 5, 2012

Gadis & Bunga

As salam & salam sayang..

      Post kali ini nak kata menarik..TAK. Nak kata tak menarik..pun TAK jugak. Sebab post ni timbul atas idea aku sendiri untuk share something yang tak adalah secret-recipe sangat. Tak semua orang kenal aku sebab "i'm nobody & i know it". Begitu jugak diri aku. Kadang-kadang aku kenal orang tersebut, tapi aku belum 'kenal' yang 'lain-lain' ada pada dirinya. Tak perlu kusutkan fikiran untuk fahamkan benda yang cuba aku sampaikan. Topik pun tak berat. Maka, sila ringankan kepala anda kerana aku hanya ingin korang  kenal aku dari sisi yang lain pula. Sisi NOVEL, sisi LAGU, dan sisi FEEL..hurmmm..

      Aku cuma teringat hobi yang kadang2 aku layan..kadang2 aku letak ke tepi buat sementara iaitu menulis novel. Bila seharian otak bekerja keras di tempat tugas, aku akui aku tak akan berkarya walau sebutir aksara sekalipun. Tapi! Bila aku cukup rehat, mood baik & feeling OK..imaginasi untuk mencoret jalan cerita dalam karyaku akan datang sendiri tanpa perlu berhempas-pulas menggambarkan ia. Dan sememangnya, konsep 'pulas'..'perah' otak tak ada dalam kamus hidupku kecuali untuk menuntut, mencari & mendapatkan ilmu sahaja.

      So, bila aku dah ada mood untuk berkarya, ada masanya aku perlukan 'booster'. Dan ia adalah lagu2 yang sentimental, tak sakit telinga dan haruslah BUKAN lagu tangkap leleh, jiwang karat atau rock kapak. Tapi ada masanya aku tak mau muzik ganggu aku sebab sang idea mahu bersendiri. Whatever it is...i want to share. Bila aku start menaip novel, aku slalu akan cari & dengar lagu:

1. Cinta Pertama (Sunny) - Bunga Citra Lestari
2. Take Care of My Heart - My Fair Lady OST
3. Buat Seorang Kekasih - Slam

      Ada jugak lagu lain yang mencetus sumber ilham. Tetapi, above are the top 3! Walaupun maybe tak best pada orang lain, itu citarasa masing2. Tapi akhir2 ni aku banyak layan lagu2 yang slow motion gitu. Selalunya lagu2 nyanyian Mrs. Sinclair.. Sape lagi kalau bukan Bunga Citra Lestari. Aku bukan fan cinta mati dia. Tapi aku suka lagu2 dia. Dan akhir2 ni, aku rasa lagu 'Wajahmu Ingatkan Aku' & 'Kerana Ku Cinta Kau' by her..telah buat aku keep on repeating the song. Puan Bunga, lagu2 anda secantik nama anda :)

Wednesday, October 3, 2012

SyaZa, Oktober & Cinta


As salam dear friends..

      Lama jugak aku menghilang dari 'C.G.S.' aku ni kan. Bukan sibuk. I'm not a prime minister pun.. Cuma memang kurang online lately ni, but i try my best to 'exist' frequently. Bila lama menghilang, banyak benda2 manis ter-capture dalam kaca jernih ingatanku. Banyak benda yang dah terlepas untuk aku kongsikan dalam blog aku ni. Tapi nak buat macam mana, tak apalah. Aku share apa yang latest2 berlaku dalam hidup aku okaih (^_^)v

      Bila menjelang bulan Oktober, automatically otakku akan fikir hari istimewa yang satu ini. Pejam celik pejam celik, eh..eh..dah 5 tahun laa... Ya, dah 5 tahun relationship aku & si dia berjalan penuh liku, manis, madu, hempedu & limfa bagai. Kalau tak ada pahit dalam manisnya, dont think so that's love. Macam philosopher je aku cakap ni, padahal non-ado. Whatever. So 5 tahun lalu, aku baru 19 tahun. Haiyaa..manyak muda sulah pandai main-main sama itu cinta. Muka pun ala-ala kawai je time tu. Kawai ke...? Meh tengok si Mr. & Mrs. SyaZa zaman diploma..zaman cintan-cintun..


 Nilah cik abgku. Smart-smart gitu orangnya..hehe. Time tu memang trend dia lah wat 'rambut pacak-pacak'. Dialah best friend aku selama lebih 5 tahun..becoz we're friends dari diploma semester 1. Diploma semester 3 barulah ini mamat macho & Cik Syazwana 'jadian'. So peluang ni ingin aku gunakan untuk berterima kasih pada si dia kerana sentiasa berusaha melindungi & menggembirakan aku selama ini.



Ini pula aku masa zaman diploma. Posing macam ni sebab ada member mintak tolong dia jadi model photoshoot. Since dia terdesak & perlukan pertolongan di malam hari pulak tu, aku dengan rela hati tolong. Itulah pertama & terakhir kali aku ter-involve dalam photoshoot sebegitu. Tak reti den..hahaa.. Anyway this is me yang berjaya menyentuh hati 'abang' itu ketika zaman diploma di usia belasan tahun.

Syukur Alhamdulillah perhubungan ini masih utuh sehingga ke hari ini. Oktober 2007 telah lama berlalu. Aku masih mengingati pertemuan & perkenalan kami. Permulannya manis, semoga penghujungnya juga begitu. InsyaAllah.

Sunday, July 1, 2012

Jom Heboh 2012 di JB

As salam & salam sayang buat kawan2 yang sudi singgah ke blog ini..
      Sempena dengan Karnival Jom Heboh 2012 yang berlangsung di negeri kelahiranku bermula semalam (30 Jun 2012) hingga hari ini (1 Julai 2012), aku pun tidak mahu ketinggalan untuk bercerita tentangnya. Tak mahu lepaskan peluang berpot-pet pot-pet la kononnya..hihihi..

      Seawal jam 10 lebih pagi ayah menghantar aku & ibu ke Plaza Angsana tempat berlangsungnya Karnival Jom Heboh. Ayah tak join kami sebab dia perlu menyambung kerjanya walaupun di hujung minggu. Jadi, tinggalah aku & ibu merayap2 di sekitar tapak karnival tersebut. Cuaca baik2 sahaja. Hanya sedikit panas. Tapi tak mengapa. Dulu zaman sekolah, berkawad kaki lagilah panas. Begitulah cara untuk berfikir sepositif mungkin..hehe.

      I don't remember the name of the 1st booth i reached. Tapi selepas ditenung2 takdelah sampai tembus, aku cam seorang pelakon lelaki ni sedang conduct game untuk orang ramai di booth itu. Selalu ternampak dia berlakon dalam pelbagai drama, tapi serius aku 'fail' jika ditanya nama dia. Tapi, masa di Jom Heboh tu aku terdengar suara yang memanggilnya HAIRI. After search2 dalam google..selidik punya selidik, barulah aku tahu aktor tersebut ialah Hairi 'Anak Wayang'. Orangnya nampak happy go lucky & sesekali suka melawak..hehehe.. Untuk yang tak tahu siapa Hairi 'Anak Wayang', ini dia...




      Berbalik kepada topik asal, selesai melihat Hairi & gelagatnya bersama kanak2..aku ke Banana Booth. Nama je dah comel kan? Memang sesuailah booth comel ini untuk kanak2. Artis yang mengendalikan acara di booth ini memang buat aku & ibu rasa teruja. I saw Almy Nadia & Amran Ismail!! Kedua2nya baru2 ini popular dengan drama Cinta Buat Emelda. Almy sebagai Emelda/Emira manakal Amran sebagai Emiriz (adik Emelda). Cantik dan kacak mereka bila tengok live depan mata. Jika sebelum ni badan Almy nampak berisi dalam Cinta Buat Emelda,kini dia dah kembali slim gituu. Barangkali tubuh Almy kelihatan susut kerana baru sahaja menjalani pembedahan apendiks baru2 ini. Alhamdulillah Almy dah sihat semula. Tentang Amran, dia sporting habis. Sungguhpun sedang jadi ala-ala hos di Bananana Booth, cepat saje dia posing jika ada yang ingin menangkap gambarnya. Lihatlah dia bergaya dalam gambar yang aku tangkap seperti di bawah..



      Next, aku ke booth seterusnya. Ada Hanez Suraya & Adzrin Adzhar. Kenal Hanez? Ala..kalau tengok muka korang mesti tahu sebab dia semakin popular. Hanez pernah memeran watak 'mak su' kepada Liyana Jasmay dalam drama 3 Janji. Dan yang terbaru, drama lakonan kekasih hati Awi Rafael ini sedang ditayangkan dalam slot Azalea TV3. Drama tersebut berjudul Suri. Disebabkan aku bekerja, tidaklah aku sempat nak tonton drama ni. Tapi ibu selalu bercerita tentang drama itu. So, bila ibuku nampak je Hanez Suraya..excited dia nak amik gambar memandangkan Hanez tak tolak untuk bergambar dengan para peminat yang menyapanya dari tepi booth. So, inilah ibu & Hanez....




      Aku & ibu pun berjalan dan berjalan lagi. Sekali aku nampak AQASHA!!! Ah, terkezut & excited sekejap tengok mamat jepun ni. Ooopss..Melayu ok! Hehehe. Ter'feeling' ala-ala tengok filem Embun pulak. Aqasha simple tp attractive gituu. Lakonan2nya yang bersahaja memang selalu buat penonton nak terus lihat & lekat di kaca tv. Kali ni Aqasha dah 'pancing' penonton menerusi lakonannya dalam Dejavu Di Kinabalu bersama Tiz Zaqyah. Tapi di Karnival Jom Heboh ini, Aqasha tampil bersama pendatang baru bernama Aishah Ilias yang turut berlakon sebagai kekasih lama Aqasha dalam drama tersebut. Nak bergambar dengannya, aku malas nk beratur..apatah lagi ibu. Ramai betul peminat Aqasha & peminat drama Dejavu Di Kinabalu. Apepun, untuk tak lepaskan peluang capture gambar Aqasha & Aishah, nah..ini dia..



      Last but not least, aku cuba menonton Melodi live dari perkarangan Plaza Angsana. Sebenarnya nak tengok Zizan si Mael Lambong..tapi Zizan tak dapat hadir untuk mengacarakan rancangan sensasi Melodi atas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. So, kami dihiburkan Awal Ashaari yang peramah. Gambar Awal..aku tak dapat tangkap sebab aku berdiri pada jarak yang agak jauh sedikit untuk capture gambar dia elok2. Cewah macam jurufoto profesional je! Tapi takpe. Tak ada lah frust sangat sebab sebelum tu Abang Rambut Ketak @ Nas Ahmad telah mendekati beberapa kelompok penonton Melodi. Dapatlah kami melihatnya dari jarak dekat. Ramai juga yang menangkap gambar Nas Ahmad. Aku pun tak mahu melepaskan peluang lantas menjerit, "Abang Nas, lagik satu! Lagik satu!" Nas Ahmad pandang aku lalu melontarkan trademarknya dalam Mentor "Yeah!!!" sambil memandang kameraku. Cool lah bro. Thanks! Jangan TERJAH i taw..hehehe. Di bawah ini merupakan gambar Nas Ahmad yang dapat aku tangkap..



      Hampir sejam berdiri di tempat Melodi bersiaran, aku mulai rasa pitam. Barangkali sebab berdiri terlalu lama di bawah terik mentari, aku memang 'kalah'. So, aku & ibu pun meninggalkan Karnival Jom Heboh dengan kenangan yang tersendiri :) Daaa.....

Tuesday, June 26, 2012

Puisi Cinta Rubiah

As salam & selamat berjumpa lagi dalam blogku yang tak seberapa ni (^_^)

      Akhir-akhir ni..tanganku memang gatal nak taip new post yang baru2 kat 'ceritera'ku ini. Dalam melayan mood yang nak sangat keluar dengan topik baru, hati aku asyik berbisik & terdetik "post perkara yang baik2". Aku pun terfikir, dah kenapa dengan hati aku ni? Namun aku cepat sedar..bisikan perkara yang benar umpama 1 rahmat bukan? Lantas aku bersyukur kerana bisikan itu merupakan sesuatu yang baik sekaligus akan aku berusaha menaip post yang baik2, bermanfaat & berinformasi untuk semua. Tidak kiralah walau topik apa sekali pun, asalkan aku tidak menyimpang dari meng-post perkara yang baik2. Semoga tetaplah hati ini pada setiap perkara yang baik, insyaAllah. Semoga kawan2 yang ada blog pun begitu juga ya. Sama2 kita menghidangkan para pembaca dengan topik2 yang menarik & awesome,. Tidak salah post sesuatu yang menarik, tetapi tetaplah berada pada 'limit'nya gituu :)

      Cakap pasal perkara baik, aku sempat berfikir tentang drama Puisi Cinta Rubiah yang sedang bersiaran di TV2. Pada aku, drama bersiri tersebut sarat dengan mesej yang berguna & dapat memberi teladan kepada anak remaja masa kini. Mana taknyer, isu yang diketengahkan dalam drama ini merupakan isu2 yang banyak terjadi di luar sana. Antara point pentingnya seperti, ketaatan anak2 kepada kedua ibu bapa, nilai hidup & maruah seorang gadis dan sebagainya. Di bawah adalah sinopsis drama Puisi Cinta Rubiah. Sinopsis drama serta gambar di bawah ini adalah ihsan atau sumber dr www.rtm.gov.my.


      ***Kisah bermula dengan Rubiah, gadis berusia 17 tahun anak kepada Idris dan Faezah. Idris merupakan ketua kampung yang dihormati dan ibunya Faezah ialah suri rumah. Rubiah juga mempunyai seorang abang bernama Rizman yang meminati bidang seni dan penulisan.
      Semasa lapang, Rubiah gemar mengunjungi laman chatting dan di situ dia berkenalan dengan Kamal. Kerana kata-kata manis Kamal, Rubiah sanggup menipu ibu bapanya demi untuk menemui Kamal di Kuala Lumpur. Setelah bertemu Rubiah hampir mengahwini Kamal, namun niatnya berubah setelah terbaca mesej pesanan ringkas daripada seorang gadis yang diperdaya Kamal. Walaupun kecewa dengan Kamal namun dia tidak pulang ke kampung. Rakannya telah membantu mencarikannya pekerjaan sebagai GRO atau pegawai perkhidmatan pelanggan. Suatu hari ketika bekerja, Rubiah ditahan pihak berkuasa dan kerana bawah umur di tahan di pusat pemulihan.
      Faezah, ibu Rubiah pula sangat merindui Rubiah. Setelah mendapat khabar anak perempuannya di pusat pemulihan, dia mengajak Idris pergi berumpa Rubiah. Namum Idris enggan pergi kerana dia malu namanya sebagai ketua kampung sudah tercemar. Ketika dia sibuk menjaga hal ehwal kampungnya, hal rumah tangganya pula terabai.
      Semasa dalam perjalanan untuk menemui Rubiah, Faezah dilanggar kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian disaksikan sendiri oleh Rubiah. Idris yang sememangnya marah kepada Rubiah, menuduh anaknya itu sebagai penyebab kematian isterinya. Rubiah berasa amat malu kerana ayahnya sanggup menuduh dia di hadapan orang ramai. Hasilnya hubungan ibu dan anak terus putus.
      Satu demi satu kisah sedih menimpa hidup Rubiah. Apabila ada peluang dia akan menelefon dan berkongsi kisahnya dengan abangnya, Rizman. Apakah kisah kesedihan Rubiah ini akan berubah? Apakah kesudahannya ’Puisi Cinta Rubiah’.***

      Aku telah mula mengikuti drama bersiri ini. So far drama arahan Mior Hashim Manap ini  tak mengecewakan. Lakonan barisan artis seperti Intan Ladyana, Fazren Rafi, Zizan Nin & Linda Hashim juga tak menghampakan. So, setiap hari Rabu pukul 9.00 malam..amik remote control tv korang & silalah ke  siaran  TV2(RTM2), saksikan Puisi Cinta Rubiah okay?? :)


Thursday, June 21, 2012

Penggoda Manis

      As salam & salam sayang :) Alhamdulillah aku masih bernafas untuk meneruskan ceriteraku..bingkisan penuh kasih sayang. Belek punya belek.. Baca punya baca.. Aku rasa topik kali ini agak interesting untuk dijadikan bahan ceriteraku hari ini. Pernah korang semua fikir apakah hasil apabila KRIM 'bertemu' SUSU? Apa? Krim susu? Haha..amboi, cepat ajer bagi jawapan 'kacang' macam tu kan! Critical thinking sikit..come on... *tak payah nak kritikal sangatlah..haha*.

      Ya, kebanyakan jawapan korang betul. Ada yang bayangkan krim jumpa susu = susu penuh berkhasiatlah..susu pekatlah..haha.. Walaupun macam2 ado.. Aku akui jawapan tersebut tak ada cacat celanya. Full mark gituuu. Itulah sesi memanaskan 'enjin' kita sebelum ke topik sebenar. Terima kasih kerana telah memberikan kerjasama. Cuba tengok imej di bawah ini. Sediakan tisu sebelum 'terliur' :)


       Cakap pasal aiskrim, ramai orang tak akan tolak kalau di-offer makan aiskrim kerana rasanya yang sedap & datang dari pelbagai perisa serta warna yang menarik. Senang kata, aiskrim memang boleh buat kita tergoda melihatnya (belum merasanya lagi). Walau bagaimanapun, takkanlah nak makan je. Apa kata kita amik pot sikit sejarah 'si penggoda' ni ya!

     Seperti yang kita tahu, zaman dahulu tak ada peti ais bukan? Maka penghasilan aiskrim diibaratkan seperti pencuci mulut yang mahal & mewah. Hanya orang kaya & ternama sahaja yang mampu menikmati aiskrim. Menurut 1 kajian, aiskrim wujud sejak 3000 tahun lalu di China. Maharaja Cina dikatakan sebagai golongan pertama yang dapat menikmati aiskrim salji. Ianya dicampur dengan buah-buahan & madu sebagai santapan maharaja tersebut pada waktu rehat.

      Orang Roman pula memperkenalkan aiskrim pada 62 Selepas Masihi. Maharaja Roman bernama Nero, menurut sejarah, menyuruh hamba abdinya ke gunung untuk membawa pulang salji supaya dapatlah dia menyuruh tukang masaknya menyediakan aiskrim.


      Pada 1925, Marco Polo pulang ke negaranya (Itali) dari China. Dia membawa satu resepi aiskrim. Aiskrim disedapkan lagi dengan salji dicampurkan dengan susu lembu. Rasanya yang lebih lemak menarik perhatian. Orang-orang kaya di Itali semakin gemar menikmatinya.

      Bukan China dan negara Eropah sahaja ada sejarahnya dengan aiskrim, Turki pun ada juga taw. Jangan ingat orang Arab dolu-dolu tak reti makan aiskrim. No..no..no.. Di Turki, penduduk asli di sana mengumpul salji & menyimpannya di dalam lubang yang terdapat di atas gunung. Lubang tersebut ditutup dengan dahan-dahan supaya ia tidak mudah cair. Bila mereka teringin nak makan aiskrim, mereka akan ambil 1 mangkuk salji lalu menuangkan sirap ke atasnya. Ia juga dicampur dengan buah-buahan. Nah, dah macam ABC gamaknyer! Hidangan aiskrim ini digelar 'karsambac' oleh mereka. Selain karsambac, ada 1 lagi hidangan aiskrim kegemaran orang Turki yang sukar cair taw. Namanya 'kahramanmaras'. Ais krim ini sering digantung di gerai penjual daging. Cara makannya..ia akan dipotong & dihidangkan di dalam cawan, kon atau sandwic.


      Begitulah ceritera aiskrim ku pada kali ini. Ada sape-sape nak belanja??? :P

Sunday, June 17, 2012

LEGOLAND Malaysia

As salam & hai tetamu yang singgah ke blogku :)




  
       Sejak dikhabarkan Legoland Malaysia sudah hampir siap, di sana-sini sibuk memperkatakan tentang taman tema ini. Opening diwar-warkan pada 15 September 2012. Apa lagi? Serbu!! Hehe.. Dihidangkan dgn lebih daripada 40 tarikan, pertunjukan & permainan menarik, menjanjikan keriangan sepanjang hari.

      Legoland Park dipecahkan kepada tujuh kawasan tema. Akan ada pusat eksperimen, roller coasters, water attractions & pertunjukan. Aktiviti yg terhidang pula disenaraikan seperti Miniland, The Beginning, Imagination, LEGO® TECHNIC, LEGO®KINGDOM,  Land of Adventure & LEGO®CITY. Lagi satu, jangan risau! Kalau anda bercadang nak beli cenderahati atau set permainan Lego, ada 'shops' di sana.

      Sumber harga tiket untuk melangkah masuk ke Legoland Malaysia setakat ini adalah seperti yang tercatat dalam imej di bawah:


 
   Walaubagaimanapun, anda, family & kawan2 boleh lawati http://www.legoland.com.my/ . Anda akan menemui harga lebih berbaloi bagi ANNUAL PASS TICKET pula. Setahun dapat masuk Legoland sekiranya anda memperolehi tiket ini. Jika kurang faham, layari lebih lanjut website dinyatakan tadi okay? Anda akan lebih pasti & dapat rancang 'penerokaan' ke sana nanti. Apepun, i'm proud to be Johorean sebab tempat menarik ini terdapat di negeri kelahiranku ini. Yang lebih menarik, akan ada replika Masjid Sultan Abu Bakar  di sana taw! Replika2 bangunan lain pun ada juga. Jadi apa lagi, supportlah kempen Visit Malaysia dan Malaysia Truly Asia (^_^)v..daaaaaa.....


Tuesday, June 12, 2012

Sembilan Haribulan Jun

   Lama betul rasanya aku tak update apa-apa dalam blog aku ni. Bukan tak mahu update, tapi tak ada masa yang sesuai dengan mood aku. Hehe. Tapi hari ni..aku rajin sikit..disertai mood yang baik juger. Setelah sekian lama x post apa-apa dalam 'ceritera' ku ini..pastinya telah banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan harianku. Tarikh 9 Jun menjadi salah satu hari yang bersejarah dalam hidupku. Aku telah 'diikat'. Se-simple itu sahaja yang dapat aku kongsikan.

   'Fasa' itu fasa pertama dalam hubungan di antara aku dengan si dia. Belum tiba masanya untuk aku mewar-warkan dengan terlalu terbuka. Mengapa? Biarlah sesederhana ini perhubungan ini berjalan. Kedua-dua belah keluarga juga mengharapkan begitu. Bila sudah benar-benar berlangsungnya ikatan suci lagi sah kelak, insyaAllah akan dikongsikan khabar gembira itu. Doakan hubungan kami bersambung ke jinjang pelamin & berterusan hingga ke akhir hayat. '9 Jun'..tarikh yang menemukan dua keluarga bagi menjalin silaturrahim dengan lebih erat & serius. Semoga segala perancangan ditunaikan & dipermudahkan oleh-Nya.

Monday, February 13, 2012

Aku & Masa

Andai masa boleh diputarkan..
Aku ingin menjadi bayi, kerana tiada dosa tercalit padanya.

Andai masa boleh diputarkan..
Aku ingin berada di tadika, kerana ketika itu fikiranku lapang selapangnya.

Andai masa boleh diputarkan..
Aku ingin menuturkan semua butir-butir kata yang bermanfaat.

Andai masa boleh diputarkan..
Aku ingin mengenal Pencipta ku dari awal dengan sedalam-dalamnya.

Andai masa boleh diputarkan..
Aku ingin akhlak & tingkah laku ku lebih baik dari hari ini.

Andai masa boleh diputarkan..
Aku berharap sahabat karibku dari dahulu adalah kitab-kitab & ayat-ayat suci-Nya.

Andai masa boleh diputarkan..
Aku ingin masa-masa laluku tidak terlepas dari mengingati-Nya.

Namun masa tidak boleh diputarkan..
Tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi nilainya mengalahkan emas..

Penyesalan adalah kesedaran..

Sesungguhnya manusia tetaplah manusia..
Tidak terlepas dari kekhilafan..

Tidak bisa sempurna tetapi bisa memperbaiki..
Untuk menjadi yang baik dan ikhlas di sisi-Nya..

Puisi ini puisi yang diiringi air mata..
Semuanya tentang andai dapat kuputar masa yang telah lalu..
Hanya hati ini mengerti kekerdilan diri ini berada di atas muka bumi Allah s.w.t.

Nukilan: Syazwana

Monday, January 16, 2012

SimplySyaz

As salam dear2 semua :) Dalam menghadapi kehidupan sehari-hari, kita selalu berhadapan dengan pelbagai orang, ragam, cuaca & situasi. Sudah semestinya kita perlu menitikberatkan penampilan kita tatkala berhadapan dengan kesemua 'pelbagai' yang telah disebutkan tadi. Bukan ada ocassion atau event tertentu je taw baru boleh melawa, di mana-mana sahaja..kita perlu berpenampilan kemas & sedap mata memandang. Bukan sebab nak tarik perhatian orang lain. Tapi tahukah kita, kalau kita keluar rumah dengan dandanan & penampilan yang kita suka, secara automatiknya konfiden kita akan bertambah-tambah. Jangan harapkan muka yang cantik & kacak sahaja, tetapi sedikit pun tak pelihara keindahan yang Allah dah beri tu elok-elok. Kan sayang tu kawan2. So, cantik ke tak..kacak ke tak..bukan itulah ukurannya. Kalau kita pandai jaga apa yang ada pada seluruh tubuh badan kita ni dengan sebaiknya, insyaAllah..sejuklah hati orang yang memandang kita.

Jadi...hari ini aku rasa nak share sikit tentang barang2 yang aku suka pakai sebelum keluar rumah. Ini bukan tips kecantikan yer..hehe. Ini namanya berkongsi cerita. Apa yang aku sampaikan kat atas tadi mukadimah je. Tapi betul kan penampilan & dandanan memainkan peranan? Aku sendiri akan jadi 'gloomy' kalau awal-awal lagi aku dah rasa apa yang aku dandan & pakai..tak masuk dengan mood aku pada masa tu. Tapi ingin aku jelaskan bahawa aku ni se-simple2 manusia. Aku tak reti mekap, tak reti pakai eyeliner betul2, akan 'tenyeh2' mata kalau aku pakai maskara & sesekali akan ketap bibir banyak kali kalau pakai lipstick tebal sikit..hahaha.. Bab pakaian, aku prefer baju yang selesa. Walau bagaimanapun, apa yang aku nak kongsikan ialah berkaitan barangan muka yang aku suka pakai kalau hendak keluar berjalan..lebih kepada dandanan lah kan..hehe :)

Pertama!





Hah..ini dia teman setiaku sejak zaman sekolah! Bibir aku memang cepat kering. Dan memang pantang kalau dibiarkan. Katanya 100% pure petroleum jelly. Aku pun tak tahu khasiat petroleum jelly tu. Tapi, ianya berkesan pada bibir aku..itu je yang aku tahu. Vaseline ni dah jadik turun-temurun digunakan oleh makcik2 aku di Singapura. Bagusnya Vaseline ni sebab ia tak terhad untuk dipakai kat bibir je. Siku boleh..kulit bayi boleh..kulit2 kering boleh..

Kedua!





Lagik satu ialah krim muka. Aku pakai bila perlu kena terik-mentari biasanya. Produk yang menjadi pilihanku tidak terhad. Namun kalau dihitung, aku kerap membeli krim dari jenama Olay. Mungkin kerana produk ini memberi aku pilihan untuk membeli krim yang KURANG berminyak. Aku tempek-tempek kat muka..selesai..hehe. As simple as that..

Ketiga!





Bedak muka pun penting. Disebabkan aku tak reti pakai mekap & akan cepat rimas kalau pakai compact powder, aku terpaksalah pakai bedak muka yang bersesuaian. Sebelum wujudnya bedak silky white khas untuk muka, aku biasa gunakan bedak badan bayi (baby powder) kat muka. Tapi hasilnya..nah..macam nenek baby kulit aku jadinya. Bedak bayi sesuai pakai kat badan ye kawan2. Don't try this at home..hehe..

Keempat!





Yang ni pelembap bibir berwarna. Aku tak biasa pakai gincu. Kalau pakai pun, aku agak cerewet memilih warna gincu tersebut sebab al-maklumlah kulitku bukanlah putih gebu & boleh match dengan apa juga warna kannn. Jadi, sendiri mau ingatlah. Jadi, lipgloss memang pilihan aku. Walaupun warna luarannya merah, tapi bila dah dioles ke bibir..ia akan jadi natural color mengikut warna bibir kita. Yang penting, nampak segar & .......seksi?? Haha..tak adalah. Siapa yang ada bibir macam Angelina Jolie jelah yang boleh berangan ada bibir seksi. Tak gitu?

Overall, tujuan aku meng-post topik ni hari ni sebab nak berkongsi tips berhias paling simple. Nak lagi simple pun ada..keluar rumah tanpa secalit bedak. Boleh juga. Tak salah. Tapi yang aku kongsikan ini adalah berkait dengan dandanan ringkas untuk BERJALAN..BERSHOPPING..& BER.. yang sewaktu dengannya. Jika Kak Ct ada Simplysiti. Saya ada SimplySyaz..hehe.. Sekian... ;)