As salam
& salam sejahtera...
Aku sekadar terdiam membaca kisah kucing2
di blog. Walaupun hati ini berat untuk membaca pelbagai kisah kucing yang lebih
banyak sadis berbanding cerita tentang kecomelannya, aku kebalkan juga hati ini
untuk memahami nasib kucing2 ini. Untuk pengetahuan semua, aku memang pencinta
kucing. Namun jangan kecilkan skop pemikiran anda kerana pencinta kucing
biasanya berhati lembut. Ini benar. Secara jujurnya, ia menjadikan aku seorang
pencinta haiwan..semua jenis haiwan. Walaupun aku geli pada ular..tak bermakna
aku benci ular. Kenapa aku cakap begitu? Sebab aku sedar, haiwan2 ini juga 1
ujian pada manusia. Logiklah apa yang aku cakapkan ini. Fikir sendiri.
Hendak
bercerita tentang banyak haiwan, susahlah pula. Aku ambil kucing sebagai
contoh. Sesekali terdetik di hati kecil ini, manusia yang Allah kurniakan
rezeki..yang Allah kurniakan hati..yang Allah kurniakan akal, selalu sahaja
angkuh & sombong pada hidupan lain yang sama2 menumpang di muka bumi ini.
Sedangkan ia meminta belas & kasihan kita, tetap juga manusia
alpa..alpa..& alpa. Apa yang susah sangat kawan2? Di restoran, kucing
dipukul..disepak kuat2..kerana mengganggu kawan2 makan. Sini aku ingin menegur
sedikit “Kamu seorang sahaja ke yang pernah didatangi kucing sewaktu makan? Aku
tak pernah?”. Apa salahnya kawan2 “shh..shh” kucing
tu jika kawan2 tak mahu bagi secubit makanan. Apa salahnya kawan2 renjis sikit air
minuman (janganlah sampai basah) pada kucing tersebut. Trust me. Ia akan pergi
meninggalkan kawan2.
Lagi 1 aku
ingin menegur, pandai membela kucing pandailah bertanggungjawab. Ada yang masa
mula2 nak ambil kucing tak sudah2 menyebut “ala tomey2”. Ada pula yang sanggup
berhabis ratusan..ribuan ringgit untuk membeli kucing kesukaan mereka di kedai.
Malangnya, itu cuma masa MULA2. Sudahnya kucing merempat cari makan di tong2
sampah. Malangnya juga, ada yang tak ambil tahu lagi dah tentang populasi
kucing2 peliharaan mereka dah cecah berapa ekor. Janganlah gitu. Anda mungkin
tidak kisah, tetapi jiran2 mungkin tidak selesa tentang beberapa perkara. Kena
prihatin sikit ya kawan2. Dalam pada
itu, ada pula yang ‘terlebih’ kisah..sampai sanggup mengurung kucing di dalam
sangkar tanpa memberi makan & minum. Yang ni memang manusia yang wayar di
otaknya dah putus. Dan aku percaya, golongan manusia ini bukanlah berniat
memelihara haiwan tersebut. Ia lebih kepada rasa kurang senang dan sakit hati.
Nauzubillah...
Buat ibu
bapa, pupuklah kesedaran sivik dalam hati anak2 anda untuk menyayangi haiwan. Pupuklah
dari kecil. Jangan anggap anak anda kecil..anda boleh biarkan anak2 anda
memperlakukan kucing sesuka hati mereka. Picit2..pulas2..henyak2..tak baik
punyer. Anda kan ibu bapa mereka. Pemikiran anda lebih rasional. Kalau anda
melihat sahaja perbuatan salah anak anda ke atas kucing itu tanpa menegur atau
menghalang, anda harus fikir dari mana datangnya diri anda & dari mana
datangnya kucing itu. Dari satu Pencipta yang sama. Ini semua adalah kesedaran
sendiri. Tak perlu diajar sebenarnya.
Akhir sekali, jangan lupa.. Kucing merupakan haiwan yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Ini kerana ia mempunyai ciri2 yang manja dengan manusia. Dan ingatlah kawan2, jangan menganiaya haiwan kerana azab Allah terhadap mereka yang melakukan perbuatan sedemikian amatlah pedih. Wallahualam.