MELAKA. Sebuah negeri yang kecil. Namun pada aku, Melaka
memang kecil2 cili padi. Sebab itulah ada yang mengatakan melawat Melaka ibarat
melawat 1 Malaysia. Ada betulnya kata2 itu. Melaka kaya dengan sejarah-sejarah
yang unik, terutama sejarah berkaitan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dan kalau
anda perasan, melancong ke negeri Melaka ni sangat memudahkan pergerakan sebab
shopping2 tidak terletak terlalu jauh antara 1 sama lain. Contohnya, Dataran
Pahlawan dengan Mahkota Parade..setakat main cak-cak dah nampak. Tesco &
Jusco pun dah boleh cak-cak jugak. Jadi, senang kita nak bershopping. Kalau nak
pergi tempat yang lebih unik, aku rasa kawasan Ayer Keroh pun okay juga. Kat
situlah Taman Rama-rama, Mini Malaysia dan sebagainya.
Apa yang membuat aku memperkatakan tentang Melaka ialah
kerana sesekali hati ini rindu pada negeri tempat aku menggali ilmu sedalam mungkin
selama hampir 5 tahun. Alor Gajah. Di situlah tempatnya. Masih aku ingat,
pertama kali aku ditinggalkan di sana..air mataku tumpah kerana terpaksa
meninggalkan ibu & ayah. Meskipun jarak Johor-Melaka tidaklah jauh, tetapi
hati ini berat hendak berpisah dengan mereka buat pertama kali dalam tempoh
yang agak lama. Namun begitu, lama-kelamaan perasaan itu hilang. Dikelilingi
teman2 yang lain, semuanya seperti biasa. Aku melalui rutin harian sebagai
pelajar dengan sebaiknya. Bandar Alor Gajah sememangnya comel. Di situlah tempat
paling dekat untuk aku sesekali lepak di hujung minggu, membeli ‘stok’ makanan
& melayan perut di KFC.
Selepas genap 3 tahun menuntut di Alor Gajah, aku
menggenggam segulung diploma. Selepas itu sekali lagi aku menyambung pengajian
untuk mendapatkan segulung ijazah. Hati masih berteka-teki sama ada aku akan
ditempatkan di Shah Alam atau Melaka. Akhirnya..seperti yang kuharap2, sekali
lagi aku berpeluang menuntut ilmu di Melaka. Tapi kali ini bukan di Alor Gajah,
tetapi di Kampus Bandaraya Melaka. Betul2 di Bandar Melaka. Aku menyewa di
pangsapuri yang terletak betul2 di hadapan Sungai Melaka @ Melaka River Cruise.
Tiap kali keluar dari balkoni rumah, aku melihat ramai pelancong mahu menaiki cruise2
di situ. Aku cuci mata. Bukan cuci mata tengok mamat hensem ke apa. Tapi cuci
mata & cuci otak yang tepu setelah membuat assignment di dalam bilik.
Kadang2 tergelak sendiri mendengar event2 yang selalu dianjurkan oleh pihak
river cruise. Dengan karaokenya, pertandingan ratu kebayanya, macam2 pun ado.
Yang pasti, tempat itu meriah lebih2 lagi di malam hari. Pernah sekali aku
& teman sekelas duduk melepak di tepi sungai itu sambil memerhatikan bot2
yang lalu-lalang. Alangkah menariknya sungai itu disimbahi bebayang cahaya lampu yang berwarna-warni.
Selain itu, McD di Dataran Pahlawan juga sentiasa mengingatkan aku
kepada teman2 sekelas yang 1 team dalam menyiapkan assignment. Disebabkan dalam
kumpulan kami ada pelajar lelaki, maka McD lah tempat kami melepak siapkan assignment
adakalanya sampai ke jam 2 atau 3 pagi. Semangat kan. Kalau tak siap nanti kena
pancung..haha. Jangan tak tahu, sesekali aku menemani geng2 kaki pancing tegar fakultiku. Sampai ke Padang Temu mencari ikan duyung. Dapatnya jaws. Memang tak...lah. Port makan favourite? Macam2. Tapi yang suka semestinya Asam
Pedas Claypot di Kota Laksamana. Hanya kat tempat tu aku dapat daging tetel
masak asam pedas yang superb. Terliur tatkala menggambarkan keenakannya. Last but not least, paling tidak boleh kulupa ialah bila tiba bulan Ramadhan. Selalu
saja aku ke bazaar Ramadhan di Taman Cempaka yang terletak betol2 bertentangan
dengan Melaka Central. Suara seorang budak mem-promote dengan ayat “jelly
kelapa pandan~~~” (diiringi lenggok bunyi yang tersendiri) terngiang2 sehingga
ke hari ini. Dan apabila tibanya Raya, aku rasa meriah di Melaka Central.
Masing2 menunggu bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman masing2. Itulah
dia Melaka. Walaupun Johor sentiasa di hatiku, namun Melaka sentiasa di
ingatanku.