Friday, August 12, 2011

Baju Rayaku..

As salam & haiii...semua :) Hurmm..masa post terbaru ini ku coret..dah masuk hari berpuasa yang ke-12. Alhamdulillah, setakat ni tiada ujian yang terlalu besar untuk ku lalui Ramadhan yang penuh ketenangan ini. Dan di sini, ingin aku selitkan sedikit ucapan buat Apex & Elia, jadikanlah perpisahan kalian sebagai pengajaran. Percayalah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Okey3, berbalik kepada topik asalku iaitu tentang baju raya!

Tanggal 7 Ogos lepas (Ahad), aku bertolak ke Melaka & bermalam di negeri bersejarah itu. Ada 2 tujuan sebenarnya. Pertama nak settlekan clearance memandangkan aku pn telah tamat menjadi seorang siswi Jun 2011 lepas. Bulan Oktober ni konvo, so..tu yang aku wat clearance awal2. Selesai 1 keje. Kedua, aku nak cari baju raya Memang pening kepala aku dibuatnya. Ditemani hubby yang tersayang, kedua2 objektif & tujuan ini akan cuba aku realisasikan! Hehee..semangat.. Manakan tidak, 7 Ogos (malam) aku cari baju 1 Tampin. Ada yang mahal. Ada yang berpatutan harganya. Tapi, susah beno nak jumpa yang berkenan di hati. Bila dah jumpa yang cantik, ada tanda kotor pulak kat baju tu & kotorannya jenis yang payah hilang. Takkan aku nak bali mahal2, tapi x puas hati plak kan?

Masuk pulak hari kedua 8 Ogos. Sebaik selesai wat clearance bagai, aku sambung mencari baju ghayer dengan cik abang. Kali ni kat Kampung Jawa, Melaka. Kat situ memang banyak gak menjual baju2 tradisional lelaki & perempuan. Cuaca memang panas terik time tu. Hanya Tuhan je yang tahu betapa bersabarnya aku dan cik abang menahan dahaga. Semua kedai jugaklah kami masuk. Dan akhirnya, aku jumpa sehelai baju kurung yang simple & sweet. Tak silau sangat. Tak berambu-ramba..hahaha. Warnanya merah2+maroon+coklat. Walaupun simple, aku anggap ia selesa buatku. Niat hati memang nak berfesyen2 sikit rayer ni, nak jugak sekali sekala pakai baju ala2 Kak Ct Nurhaliza kiter. Tapi, mementingkan kesederhanaan dalam hari raya tahun ini, aku memilih baju kurung yang simple, manis & boleh mendatangkan keyakinan padaku tatkala memakainya.

Cik abangku pulak dapat beli sepasang baju Melayu pada hari berikutnya di Tampin. First time nampak si dia tak terlalu skema memilih baju melayu. Kali ni baju ghayer si dia ada konsep baru..baju melayu ala kain cotton. Sejuk & selesa kalo pakai. Berbeza dengan jenis kain yang pernah digayakannya di pagi raya yang sebelum ni. Warnanya kali ni tak match dengan baju aku. Tapi unsur2 merah tu ada. Jadilah kan? Hehehe.. Merah Itu Cinta laa... Semoga korang pun dah wat persiapan raye yer.. Al-maklumlah, 30 Ogos dah rayer. Eloklah prepare siket2 supaya tak gelabah di hujung bulan puasa nanti. Okey, sayang korang!