Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda..Auumm!!

As salam & hai semua :) Sedikit lewat aku menaip entry terbaru ni. Walau bagaimanapun, aku tidak mahu terlepas merakam kenangan terindah ini dengan bait-bait kata melalui blogku. Apa lagi kalau bukan berita baik Harimau Muda kita yang berjaya menewaskan Indonesia dalam sukan bola sepak di Sukan Sea ke-26 dua hari lepas iaitu 21 November 2011. Kejayaan ini melegakan hati para pemain..juga melegakan hati rakyat Malaysia terutamanya. Setelah banyak rintangan yang dihadapi para pemain di negara jiran kita itu, akhirnya kesabaran mereka berbaloi dengan kemenangan tersebut. Selepas terikat 1-1 dalam perlawanan penuh gelora di Stadium Gelora Bung Karno, penentuan penalti akhirnya berpihak kepada negaraku..tanah tumpahnya darahku. 4 berbalas 3.. Ya! Malaysia 4 - Indonesia 3! Ia sekaligus melengkapkan emas ke-59 kontinjen Malaysia. Mereka yang telah berhempas-pulas untuk memastikan pingat emas dibawa pulang ke Malaysia..tidak lain & tidak bukan..





Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.
Pertahanan
: Mahali Jasuli, Mohd Mus
lim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.
Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.
Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani

Credit & thanx to:
http://www.enciknakal.com/2011/11/senarai-pemain-bola-sepak-malaysia-sukan-sea-2011-indonesia.html#ixzz1eVb7xH3j
hmm..kerana telah memudahkan usahaku dalam carian senarai pemain bola sepak Malaysia di Sukan Sea 2011 Indonesia ini. Semoga skuad Harimau Muda akan terus beraksi dengan baik untuk masa yang akan datang & terus matang sebagai Harimau Malaya kebanggaan negara.


Syabas kepada semua Harimau Muda yang garang! Auumm!! :)

Wednesday, November 16, 2011

A Shoulder To Cry On



Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there

Tuesday, November 15, 2011

Demam CINTA

As salam & salam kasih sayang :) Tergerak lagi hatiku untuk meng-update post dalam Ceritera Gadis Sonata. Sebelum terlambat, aku nak wish Selamat Pengantin Baru kepada sahabat baikku, Ayu & pasangannya, Shah. Jumaat lepas aku bertolak ke Melaka & kebetulan cik abangku ada di Melaka..jadi dapatlah aku ke majilis perkahwinan Ayu ditemani cik abang sayang. Kalau cik abangku tak ada pun, aku memang tetap akan ke majlis tersebut sebab Ayu sangat berharap aku datang. Kakaknya sanggup jemput aku di Melaka Central asalkan aku datang. Mujurlah, cik abang ada..tak adalah aku rasa ralat menyusahkan orang lain. Bas & teksi pun banyak sebenarnya. Tak adalah susah mana nak survive.

Sabtu tu majlis Ayu. Aku pergi dalam pukul 1 tengah hari dengan menumpang motosikal cik abang sayang. Tiba2 teringat aku akan zaman 'muda-muda' dulu. Zaman belajar kat universiti. Selalu naik motor untuk pergi makan, beli barang.. Panas ke..hujan ke..aku boleh terima walhal masa sekolah menengah, aku tak suka naik motor. Pakai helmet pun huru-hara. Lebih cantik tudung saji daripada tudung aku. Tapi lama-kela
maan, aku dah pandai letak helmet betul2 supaya tudung tak renyuk. Aku juga dah tahu sabar kalau kena panas terik & kena hujan :)

Hmm, berbalik kepada majlis tadi. Setelah berjumpa dengan Ayu, menyampaikan sedikit cenderahati (hadiah) & menjamu selera, kami pun meninggalkan majlis itu dengan senang hati. Sekali lagi aku perlu meninggalkan cik abang bila aku nak pulang ke Johor Bahru nanti. Memang kami sering berkomunikasi walaupun jauh. Tetapi, jika BERTEMU empat mata & perlu MENINGGALKAN 1 sama lain..kesedihan tu pasti ada walaupun sedikit.

Di bus stop, si dia setia menunggu di luar bas walaupun aku sudah duduk di seatku. Dia duduk & sesekali tunduk memandang lantai. Wajahnya tak macam biasa. Aku dapat rasa kesedihan itu. Aku juga begitu. Kalau dia tidak menunggu sehingga bas aku jalan, tak adalah aku sedih sangat. Paling sedih setiap kali aku melambai dia sehingga basku semakin jauh & kelibat dia semakin hilang dari pandangan. Walau bagaimanapun, semua ini sudah biasa kami lalui. Kesedihan itu akan cepat beransur pergi. Untuk si dia, terima kasih atas kebaikan & pengorbanan kamu.

Sebaik sampai di Johor Bahru, aku tidak sangka bahawa badanku mulai rasa kurang sihat. Tekakku bengkak sampai keesokannya. Selsema juga tiba2 ada. Bermulalah episod demamku. Mungkin kerana keletihan. Mungkin juga kerana DEMAM CINTA. Kerap kali apabila kami berjumpa & kemudiannya berpisah, aku akan demam. Tapi tidak mustahil ini hanyalah kebetulan. Ketika aku menaip post ini, a
ku masih batuk2 kuat & selsema. Mudah-mudahanlah aku cepat sembuh. Kalo tidak, aku rasa lemah berpanjangan. DEMAM CINTA, pergilah..hehe..

Buat kawan2, di sini aku paparkan 1 gambar Ayu & Shah.. Cinta mereka telah bersatu. Jika ada jodoh antara aku dengan si dia, semoga percintaan kami juga akan disatukan dalam 1 ikatan yang sah suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, November 9, 2011

Alahai Test JPJ..

As salam & salam 1 Malaysia :) Alamak, rasa bersalah plak sebab dah lama aku tak update2 perkembangan terkiniku. Nak kata bz, taklah bz mana pun. Cuma mood nak menulis tu je yang tak ado. Bila mood tak ado, idea mulalah malu2 kucing nak keluar. Kalau ada pun, idea tu main chak-chak..membuat aku terlupa apa yang ingin aku kongsikan.. Tapi, siang tadi tetiba aku benar-benar rindu pada blog aku nih. Rasa tak sampai hati nak biarkan dia terkontang-kanting tanpa belaian tuannya.

Kebetulan aku pun ada cerita nak dikongsikan. Memang langkah kanan lah kan. Semalam.. Ye semalam..menjadi hari penentu buatku. Bunyinya macam antara hidup dan mati je, tapi tak adalah sampai macam tu pun. Begini, semalam pertama kali aku amik test JPJ untuk mendapatkan lesen D iaitu lesen kereta. Pagi tu macam2 hal yang membuat jantung aku dup dap dup dap.. Mana taknya. Cikgu ku lewat menjemputku. Katanya pukul 7.30. Lepas tu postpone pukul 8.30. Tapi Cikgu datang hampir 9.30 pagi. Bayangkan, makin lama menanti..makin seksa rasa..haha. Bila sampai sana, dah ramai sedang tunggu giliran untuk di-test pagi tu. Aku ni belakang2 la gilirannya sebab lambat.

Test pagi tu dimulakan dengan dengan test kat bukit, parking & 3 penjuru. Nak tergelak aku tengok kawan2 yang lain. Bukan sebab aku bagus sangat. Tapi sebab yang poyo pun ada di celah2 orang yang merendah diri. Ada sorang mamat tu..muka kerek kunyah gula getah bangga sebab tayarnya tepat masuk line kuning kat atas bukit..tapi..bila disuruh teruskan perjalanan turun dari bukit untuk ke parking..keretanya mengundur ke belakang. Serentak itu, whistle pun dibunyikan menandakan OUT U GO.. Tulah, jangan bangga sangat sebelum benar-benar sampai di garisan penamat. Lama aku tunggu..akhirnya giliranku tiba. Aku ni jenis darah gemuruh. Hanya Tuhan je tahu yang kaki aku dah tergeliat tekan clutch sebab tetiba tapak kasut aku licin di hari2 penting ni. Masa tu, tawakal je sambil kata dalam hati, "Kalau aku angkat terus kaki aku untuk dibetulkan kedudukannya, confirm clutch terlepas masa parking. Kalo terlepas, bukan aku je yang mati..enjin tu hah yang mati. Oh,tidak!" Maka, aku bertahan agak lama walaupun sengsara. Dan akhirnya, test bukit, parking & 3 penjuru tu..aku lulus.

Tak lama lepas tu, aku tunggu giliran untuk test di jalan raya. Memang aku banyak menunggu hari tu. Tapi nak buat macam mana. Tak lama lepas tu kedengaran suara seorang 'encik', "No.27!" Berkali2 diulangnya angka itu tetapi tuan empunya nombor 27 itu entah ke mana2. Tak pasal2 keluar "Siapa No.2? No.2!" Haa..itulah nombor aku. Aku ingatkan dia nak suruh aku bersiap sedia. Rupanya, bukan suruh bersiap-sedia. Tapi suruh aku terus ke sebuah kereta Kancil yang di dalamnya sudah ada Abang JPJ @ Abang Botak. Otak aku jadik zero time tu. Aku bantai je bawak. Cikgu kata masuk je kereta beri salam & jangan belagak bagus @ sombong. Aku pun merendah diri. Sememangnya aku tak tahu memandu sangat pun. Masih baru lagi.

Hurmm.. Bila aku dah pandu ikut laluan ujian dan dah sampai institut memanduku semula..aku pun parking. Lalu aku bertanya, "Encik, saya lulus tak?" Bila Abang Botak itu kata aku lulus, aku pun berterima kasih. Sayonara hati yang gundah sebelum ni..hehe. Kesimpulannya, kita manusia ni tak akan pernah cukup ilmunya. Walaupun dah belajar macam2, kita tetap mencari ilmu sampai mati. Jadi, janganlah sombong seolah2 sudah penuh ilmu di dada. Pertama, berdoa kepada Allah s.w.t untuk mendapatkan sesuatu perkara..kemudian usaha & bertawakal. Kedua, sentiasalah merendah diri dan menerima teguran yang baik. Merendah diri biar ada optimisnya..biar bertempat, janganlah jadi pesimis sangat. Sekian, renung2kan ya :)

Friday, August 12, 2011

Baju Rayaku..

As salam & haiii...semua :) Hurmm..masa post terbaru ini ku coret..dah masuk hari berpuasa yang ke-12. Alhamdulillah, setakat ni tiada ujian yang terlalu besar untuk ku lalui Ramadhan yang penuh ketenangan ini. Dan di sini, ingin aku selitkan sedikit ucapan buat Apex & Elia, jadikanlah perpisahan kalian sebagai pengajaran. Percayalah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Okey3, berbalik kepada topik asalku iaitu tentang baju raya!

Tanggal 7 Ogos lepas (Ahad), aku bertolak ke Melaka & bermalam di negeri bersejarah itu. Ada 2 tujuan sebenarnya. Pertama nak settlekan clearance memandangkan aku pn telah tamat menjadi seorang siswi Jun 2011 lepas. Bulan Oktober ni konvo, so..tu yang aku wat clearance awal2. Selesai 1 keje. Kedua, aku nak cari baju raya Memang pening kepala aku dibuatnya. Ditemani hubby yang tersayang, kedua2 objektif & tujuan ini akan cuba aku realisasikan! Hehee..semangat.. Manakan tidak, 7 Ogos (malam) aku cari baju 1 Tampin. Ada yang mahal. Ada yang berpatutan harganya. Tapi, susah beno nak jumpa yang berkenan di hati. Bila dah jumpa yang cantik, ada tanda kotor pulak kat baju tu & kotorannya jenis yang payah hilang. Takkan aku nak bali mahal2, tapi x puas hati plak kan?

Masuk pulak hari kedua 8 Ogos. Sebaik selesai wat clearance bagai, aku sambung mencari baju ghayer dengan cik abang. Kali ni kat Kampung Jawa, Melaka. Kat situ memang banyak gak menjual baju2 tradisional lelaki & perempuan. Cuaca memang panas terik time tu. Hanya Tuhan je yang tahu betapa bersabarnya aku dan cik abang menahan dahaga. Semua kedai jugaklah kami masuk. Dan akhirnya, aku jumpa sehelai baju kurung yang simple & sweet. Tak silau sangat. Tak berambu-ramba..hahaha. Warnanya merah2+maroon+coklat. Walaupun simple, aku anggap ia selesa buatku. Niat hati memang nak berfesyen2 sikit rayer ni, nak jugak sekali sekala pakai baju ala2 Kak Ct Nurhaliza kiter. Tapi, mementingkan kesederhanaan dalam hari raya tahun ini, aku memilih baju kurung yang simple, manis & boleh mendatangkan keyakinan padaku tatkala memakainya.

Cik abangku pulak dapat beli sepasang baju Melayu pada hari berikutnya di Tampin. First time nampak si dia tak terlalu skema memilih baju melayu. Kali ni baju ghayer si dia ada konsep baru..baju melayu ala kain cotton. Sejuk & selesa kalo pakai. Berbeza dengan jenis kain yang pernah digayakannya di pagi raya yang sebelum ni. Warnanya kali ni tak match dengan baju aku. Tapi unsur2 merah tu ada. Jadilah kan? Hehehe.. Merah Itu Cinta laa... Semoga korang pun dah wat persiapan raye yer.. Al-maklumlah, 30 Ogos dah rayer. Eloklah prepare siket2 supaya tak gelabah di hujung bulan puasa nanti. Okey, sayang korang!

Wednesday, July 27, 2011

Azam Pitt Phenomena

As salam & hello u ollz.. :) Agak lama aku tak mencoret sesuatu kat blogku ini. Beberapa hari ni agak bz menulis novel dan merehatkan minda untuk mendapatkan ilham. Actually, baru beberapa mukasurat je yang aku karang. Bukan apa, bila nak menulis novel ni perlukan mood yang konsisten. If ada gangguan walaupun sedikit, mood akan lari & feeling ku pun berkurang..hehe. Mana taknyer, bila menulis novel, penghayatan & imaginasi perlu ada. Kalo tak leh concentrate, aku lebih rela stop menaip kejap..dan sambung wat keje lain..menonton tv ke..hehehe..

Bercakap bab menonton tv ni, aku nak bercakap tentang seorang pendatang baru dalam dunia lakonan iaitu
Azam Pitt. Selalunya, aku agak lambat nak terkesan dengan lakonan actor2 baru di tv. Tp, berlainan dengan Abang Azam Pitt kite nih..nampaknya, lakonan dia telah berjaya meninggalkan kesan di hatiku. Pada pendapat aku, Azam ni mula dikenali & diminati ramai melalui drama Sijundai. Pemegang watak Edy ini memerankan watak lelaki gagap & berpersonaliti sopan. Azam Pitt yang berasal dari Kuching, Sarawak ternyata berjaya membawa karakter tersebut dengan baik. Jangan tak tahu, dia juga mempunyai bakat menyanyi yang baik & pernah menyertai MyStarz LG Musim 3..

Aku mengenali wajah Azam Pitt juga melalui Sijundai sebenarnya. Disebabkan jarang minat pelakon2 baru, aku pun melihat lakonannya sebagai biasa saja..di awal episod drama tersebut. Tapi! Setelah masuk episod2 yang seterusnya hingga ke akhir, ada aura dalam lakonan Azam yang membuat aku setia menonton Sijundai. Agak lama aku mengidolakan Umie Aida sebagai pelakon Melayu yang paling aku suka..dan sampai sekarang aku masih meminatinya. Pelakon lelaki Melayu belum ada yang betul2 aku minat secara mendalam. Adakah Azam Pitt orangnya? I guess 'yes' sebab dia sangat berbakat :) Semoga negara kita ada pelakon pelapis sepertinya.

Monday, July 18, 2011

Penangan WISHOLIC!


As salam & hye semua...Bertemakan 'bingkisan penuh kasih sayang', aku terasa nak share sikit tentang cinta & kasih sayang. Statusku hingga ke hari ini ialah 'in a relationship'. Dia yang berjaya bertakhta di hatiku ini dulunya adalah kawan baikku. Entah macam mana, lama-lama kitorang boleh tersuka 1 sama len. Sukar untuk aku menidakkan perasaan sendiri, lalu kami pun berkapel. Hmm..x maulah citer banyak2 tentang kitorang ek. Kalo ada citer2 yang interesting tentang kitorang, nanti akan aku ceritakan..insyaAllah.

Hmm! Actually aku bukan nak citer tentang diriku & si dia. Tadi tu mukadimah je..hehehe.. Aku nak citer tentang pasangan yang aku kira serasi banget & berjaya buat aku suka tengok mereka banyak kali. Nak tahu sape? Ermm..penah dengar WISHOLIC? Korang mungkin tak berapa tahu. Mari aku ceritakan ok :-) WISHOLIC (WI=Wisnu + SH=Shireen) ni macam fan club yang menyokong kerjaya & percintaan antara
Teuku Wisnu & Shireen Sungkar yang sama2 memeran watak utama dalam sinetron hebat, Cinta Fitri. Mereka memang diharapkan untuk berkapel sejak bergandingan dalam drama 7 musim ni. Mula2 masing2 dah ada pacar dan dua2 akhirnya putus cinta. Tapi, uniknya keakraban selama beberapa tahun berada dalam sinetron yang sama akhirnya benar-benar berjaya mengikat hati 'Farrel' & 'Fitri' di alam realiti. Mereka sangat sweet apabila berduet lagu Cinta Kita. Bukan saja di Indonesia, pasangan ini juga mempunyai sangat ramai peminat di Singapura. Buat Wisnu & Shireen, 'saya suka melihat kalian berdua'. Semoga kesabaran & keteguhan cinta Fitri & Farrel dalam Cinta Fitri bisa menjadi kekuatan cinta Wisnu & Shireen :)

Sunday, July 17, 2011

Segalanya Bermula..

As salam... :) Rasanya macam bermimpi jek bila aku tetiba rajin nk menjengah and men-decorate blog ku ini setelah hampir setahun ianya tak di-manage. Segalanya bermula dalam bulan Julai 2010. Kalo bukan kerana salah sorang pensyarahku Dr.B (bukan nama sebenar) yang menyuruh kami create blog masing2, aku rasa..tak tercuit walau seinci pun blogspot nih. Al-maklumlah, aku memang tak pernah amik tahu cara2 nk wat blog sendiri & tak pernah minat pun sebenarnya sebelum ni. Aku cuma ske baca blog orang len. Tp credit & thanx lah to Dr.B sebab pensyarahku yang baru beberapa bulan retired ni dah menggalakkan aku & kengkawan untuk ada blog masing2.

Tentang nape aku namakan blog aku sebagai
Ceritera Gadis Sonata sebab... Aku fans drama Winter Sonata (WS). Tak silap aku, drama ni mula menarik ramai penonton Malaysia untuk melekat di depan tv dalam tahun 2002. Masa tu aku still skola menengah lagi. Berbanding drama Korea yang baru2, WS ada nilai sentimentalnya yang tersendiri & lebih 'senior'..hehe.. Hurmm..patotnya blog aku ni bertemakan salji kan..kan..hehe. Mesti korang pelik kenapa blog aku ni bertemakan warna coklat siap dengan gambar coklat lagik. Sebenarnya, aku sangat suka warna coklat & makan coklat. Jadi, biarlah aku jodohkan gelaranku sebagai 'gadis sonata' dengan coklat. Anggap sajalah ini sebagai identiti blog seorang insan happy go lucky bernama Syazwana. Maka dengan itu, pembaca sekalian & kawan2ku, sudi2kanlah mengikuti blogku ini. Aku melakukan sesuatu mengikut kemampuanku. Sememangnya, masih banyak sebenarnya yang harus aku perbaiki. Thanx sumer..daaa... ;)