Tuesday, November 15, 2011

Demam CINTA

As salam & salam kasih sayang :) Tergerak lagi hatiku untuk meng-update post dalam Ceritera Gadis Sonata. Sebelum terlambat, aku nak wish Selamat Pengantin Baru kepada sahabat baikku, Ayu & pasangannya, Shah. Jumaat lepas aku bertolak ke Melaka & kebetulan cik abangku ada di Melaka..jadi dapatlah aku ke majilis perkahwinan Ayu ditemani cik abang sayang. Kalau cik abangku tak ada pun, aku memang tetap akan ke majlis tersebut sebab Ayu sangat berharap aku datang. Kakaknya sanggup jemput aku di Melaka Central asalkan aku datang. Mujurlah, cik abang ada..tak adalah aku rasa ralat menyusahkan orang lain. Bas & teksi pun banyak sebenarnya. Tak adalah susah mana nak survive.

Sabtu tu majlis Ayu. Aku pergi dalam pukul 1 tengah hari dengan menumpang motosikal cik abang sayang. Tiba2 teringat aku akan zaman 'muda-muda' dulu. Zaman belajar kat universiti. Selalu naik motor untuk pergi makan, beli barang.. Panas ke..hujan ke..aku boleh terima walhal masa sekolah menengah, aku tak suka naik motor. Pakai helmet pun huru-hara. Lebih cantik tudung saji daripada tudung aku. Tapi lama-kela
maan, aku dah pandai letak helmet betul2 supaya tudung tak renyuk. Aku juga dah tahu sabar kalau kena panas terik & kena hujan :)

Hmm, berbalik kepada majlis tadi. Setelah berjumpa dengan Ayu, menyampaikan sedikit cenderahati (hadiah) & menjamu selera, kami pun meninggalkan majlis itu dengan senang hati. Sekali lagi aku perlu meninggalkan cik abang bila aku nak pulang ke Johor Bahru nanti. Memang kami sering berkomunikasi walaupun jauh. Tetapi, jika BERTEMU empat mata & perlu MENINGGALKAN 1 sama lain..kesedihan tu pasti ada walaupun sedikit.

Di bus stop, si dia setia menunggu di luar bas walaupun aku sudah duduk di seatku. Dia duduk & sesekali tunduk memandang lantai. Wajahnya tak macam biasa. Aku dapat rasa kesedihan itu. Aku juga begitu. Kalau dia tidak menunggu sehingga bas aku jalan, tak adalah aku sedih sangat. Paling sedih setiap kali aku melambai dia sehingga basku semakin jauh & kelibat dia semakin hilang dari pandangan. Walau bagaimanapun, semua ini sudah biasa kami lalui. Kesedihan itu akan cepat beransur pergi. Untuk si dia, terima kasih atas kebaikan & pengorbanan kamu.

Sebaik sampai di Johor Bahru, aku tidak sangka bahawa badanku mulai rasa kurang sihat. Tekakku bengkak sampai keesokannya. Selsema juga tiba2 ada. Bermulalah episod demamku. Mungkin kerana keletihan. Mungkin juga kerana DEMAM CINTA. Kerap kali apabila kami berjumpa & kemudiannya berpisah, aku akan demam. Tapi tidak mustahil ini hanyalah kebetulan. Ketika aku menaip post ini, a
ku masih batuk2 kuat & selsema. Mudah-mudahanlah aku cepat sembuh. Kalo tidak, aku rasa lemah berpanjangan. DEMAM CINTA, pergilah..hehe..

Buat kawan2, di sini aku paparkan 1 gambar Ayu & Shah.. Cinta mereka telah bersatu. Jika ada jodoh antara aku dengan si dia, semoga percintaan kami juga akan disatukan dalam 1 ikatan yang sah suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin..

No comments:

Post a Comment