Tuesday, October 29, 2013

Kompang Berbunyi Part 4

As salam dearest... Semoga baik2 aje tatkala membaca post terbaruku ni yer :) Semakin pantas masa berlalu. Rasanya baru semalam aku tido, bangun2 je eh eh dah masuk hari baru. Sememangnya masa terus berjalan ke hadapan. Tiada yang mengundur ke belakang. Begitulah kehidupan ini. Perlu diteruskan dengan sebaik mungkin sama ada mengikut perancangan kita atau pun tidak. Ahak! Dah masuk Part 4 yer. Di hujung2 tempoh sebelum bergelar isteri orang ni, rasanya fokus aku lebih kepada 'mengintai' kerja2 kecik yang belum selesai. Tak boleh fikir hard-hard lagi dah. Masa untuk kecutkan jerawat yang berpunca daripada keserabutan dan kepanatan otak & mood yang bertukar ganti tak memasal. Hahaa! Banyak fikir, banyaklah stres. Jadi, sekarang ni..Kompang Berbunyi Part 4 dah takdo cerita2 yang detail2 sangat atau yang macam2 sangat. Masa untuk relax...

Antara aktiviti yang aku buat time relax ni..adelah sikit-sikit. Seperti:

..Facial Sesedap Rasa..

Yellow Monster

Macam pakai serbuk kunyit kat muka kan? Hehe.. Kerja orang tingtong memang macam inilah hasilnya. Sebenarnya, ianya merupakan bedak herba D'Herbs u olls.  Kalau ada alahan pada habuk ke..hama2 ke..lbih2 lagi asyik mengemas rumah menjelang hari bahagia, bedak herba ni memang sesuai untuk mengelakkan kegatalan pada kulit wajah.

..Mengemas Bilik Anak Dara..

Tak payahlah ku tunjukkan gambar bilikku. Kenapa? Sebab habuk memang tarak. Clean & clear setelah aku kebas2..tenyeh2 dengan kain basah..hehe. Tapi kotak2 berisi doorgifts & barang2 yang dibeli sedang berlabuh di Port Anak Dara. Walaupun dah bersih & dah kemas, mata ini tetap sakit sikit melihat kondisi kelapangan & keluasan bilik ini tidaklah seperti waktu2 sebelumnya. Tak apa, SEMENTARA je :)

..Ngeng Sana Ngeng Sini..

Ke hulur ke hilir bersama parents pulang ke rumah keluarga serta sanak saudara belah ayah di kampung bagi menyampaikan kad jemputan. Keluarga belah ibu di Singapura telah aku berikan kad2 jemputanku pada Hari Raya Aidiladha yang lalu. Semoga majlisku akhirnya mempertemukan, memperkenalkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga dari Malaysia dengan keluarga dari Singapura.

 
..Latihan Memakai Kasut Tumit Tinggi..


Aku & kasut tumit tinggi memang bukan best friend. Dari dulu memang tidak pernah aku praktik memakai kasut bertumit tinggi. Kalau kasut wedges, aku boleh cuba-cuba nak jadi best friend sebab tapak dia full walaupun tinggi. Tak adalah aku kekok macam nak jatuh gaung. Hehe! Tapi demi memenuhi impian menjadi ratu SEHARI je, aku kena jugalah lembutkan hati mencuba kasut tumit tinggi. Sesekali buat catwalk dari ruang tamu sampai ke dapur (tak pernah dibuat orang). Kucing2 di rumah bertempiaran lari mendengar bunyi tumit kasutku. Catwalk si kucing2 kesayangan lebih ori la senang kata. Whatever la mioww..mioww.. Yang penting i love my gold wedding shoes given by bakal asben..as present. Boleh pakai masa bersanding nanti :)

Akhir kata dariku, sukar untuk aku janjikan bilakah entry seterusnya bakal menyusul. Kompang Berbunyi Part 1 hingga Part 4 adalah merupakan 1 perkongsian semata-mata.  Ku anggap entry2 Kompang Berbunyi dapat menghiburkan hati para pembaca. Yang baik jadikan teladan, yang buruk..yang silap..yang kurang jadikan sempadan. Kuharap majlisku nanti akan berjalan dengan lancar diiringi keberkatan dari-Nya, insyaAllah. Panjang umur ku cerita lagi ya :)


...LOVE YAAA...







Sunday, September 22, 2013

Kompang Berbunyi Part 3

As salam & salam sayang... Kompang Berbunyi menjengah kembali untuk bahagian ke-3. Harap post kali ini membantu persiapan anda menuju hari bahagia. Benda paling penting yang selalunya menerpa fikiran kita untuk mengadakan majlis perkahwinan ialah makanan/masakan yang akan dihidangkan kepada para tetamu yang datang. Kalau zaman dolu-dolu, ramai upah tukang masak. Nowadays ada choice lain, seperti catering. Kalau pilih catering, make sure survey2 dulu pakej yang ditawarkan pihak caterer. Dari situ, kita dah boleh decide caterer mana yang menepati pakej yang kita idam2kan..gituu. Walau bagaimanapun, dalam pada nak cari caterer, fikir2lah siapa tetamu yang kita nak jemput. Memang mudah kita nak menyebut "saya nak order makanan untuk 1000 orang", tetapi...jika kawan2 rajin & dah buat list tetamu yang bakal dijemput, insyaAllah lebih save sedikit. Bukan kedekut, tetapi pengalaman mengingatkan aku pada majlis2 yang pernah aku hadiri sebelum ini. Kebanyakannya terbuang & membazir. Kenapa? Sebab, biasanya pihak caterer akan standby berkat..paling minimum 100 bungkus nasi beserta lauk. Jadi, makanan yang lebih tadi tu, siapa yang nak membungkus & menghabiskannya pula. Tapi tidak salah pun order untuk 1000 orang jika anda yakin kawan2, kenalan parents & saudara-mara yang bakal datang adalah seramai itu. Don't get me wrong. Itu adalah kiraan & percaturan masing2. Di bawah ini adalah contoh list cikai2 yang aku buat. Ada 3 pages sebenarnya, dimana aku menyenaraikan jiran2, sahabat UiTM Melaka, sahabat SMK Taman Universiti, sahabat sekolah rendah yang masih contact2, keluarga belah ayah di BP..Air Hitam..Paloh, juga saudara belah ibu di Singapura. Tujuan menyediakan list ini supaya dapat mengelakkan perkara2 TERLUPA JEMPUT especially pada kenalan2 terdekat keluarga. Tapi yang diundang menerusi FB pn ada juga. Jadi, pandai2lah membuat percaturan jumlah tetamu anda ok :)

Guest-list

Dari guest-list, dapatlah kita decide berapa jumlah kad undangan perkahwinan yang hendak dicetak. Incik tunang mempunyai member baik yang boleh mereka & mencetak kad kahwin. Jadi, sahabat baik incik tunang itulah yang menjadi pilihan kami dalam penyediaan kad kahwin ini. Dapat harga diskaun sikit kan? Hehehe.. Anyway, cepat juga dia siapkan kad kami. Pada yang bakal menerima kad ini, sedikit masa lagi dapatlah kalian melihat rupa kad kami yang sederhana ini. Semoga like ajelah yer.. Hehe.. Kredit thanx to bro Nasri :)

Inilah kad kahwin yang telah aku keluarkan dari kotaknya :)

Itu saja untuk kali ini dearest. Ada lagi yang ingin aku kongsikan. Tapi next time yaa? (^_*)v

Sunday, September 8, 2013

Kompang Berbunyi Part 2

As salam & salam sejahtera... Bicara ‘Kompang Berbunyi’ disambung ke part 2. Dalam sibuk beraya sepanjang Syawal lalu, aku & incik tunang mengambil kesempatan untuk membeli belah barang2 perkahwinan terutama sekali door gift bags untuk para tetamu yang datang. Disebabkan aku orang Johor, port membeli barang2 cenggitu sudah tentunya di Pekan Air Hitam, Johor. Kat situ memang ada berderet kedai yang sesuai untuk bakal raja sehari bershopping. Setiap kedai menjual barang yang lebih kurang sama. Begitu juga dengan harga, sama saja. Tapi kena rajin2 survey juga sebab ada barang tertentu yang sama rupa tetapi berbeza harga (bukan setakat beza 10sen..20sen kawan2..). Jadi, jangan terlepas pandang. Apa yang boleh aku katakan, aku & si dia berjaya membeli door gift bags untuk para tetamu di side masing2.

Inilah dia door gift bags ku untuk tetamu di JB nanti

Kemudian, kami meneruskan sesi belek-membelek bunga pahar atau bunga telur yang biasanya terletak di sisi hadapan pelamin. Yang ni memang tersangatlah banyak choice. Sememangnya design  bunga pahar juga berubah moden mengikut citarasa & idea orang sekarang. Bunga pahar moden yang aku maksudkan adalah seperti gambar di bawah yang aku jumpa setelah google!

Bunga pahar gantung

Bunga versi kat atas ini boleh diletak telur tapi mostly dorang letak candy, chocolate atau sweets untuk kelainan.Walaupun bunga pahar moden yang kami jumpa, pilihanku tetap bunga telur tradisional. Dari survey yang dibuat, setiap kotak bunga telur biasanya ada 50pcs. Dan harga bagi bunga telur tradisional terdiri daripada RM25 sekotak, RM40 sekotak, RM50 sekotak dan seterusnya. Ia bergantung pada design bunga telur itu sendiri. Di bawah ini adalah pilihanku. Warnanya? RAHSIA dululah. Nanti tak surprise dah :)

Bunga pahar pilihan kalbu

Berbalik tentang door gifts, dah ada beg perlulah ada isinya. Puas juga fikir apa nak letak dalam beg tersebut. Idea memang beratur panjang dari A sampai Z. TAPI! Bab door gift ni..memang kena ada idea bersama parents aku sebab benda2 lain mereka tak usik sangat. Jadi bab door gifts ni..bagi chance pada parentsku sebab mereka memang dari awal dah ada idea sendiri. Yang pastinya door gifts itu bukanlah bongkah emas atau teko perak..hehe.. Ia mampu dibeli orang lain. Apa door giftnya? Sekali lagi, RAHSIA.  Apa yang penting tentang door gift pada pendapat aku, hmm..sesuatu yang orang tak akan biarkan ianya berhabuk, terbiar & terbuang akhirnya. Hehe..ni pun KLU jugak kan. Pandai pun teka. Kesimpulannya door gifts dibeli bersama ibu & ayah tercinta. Story lagi di lain waktu..daaaa.. (^_^)v

Wednesday, September 4, 2013

Kompang Berbunyi Part 1

As salam & salam sejahtera.. New look! New inspiration! Setelah lama blogku berlatar belakangkan sedikit kilauan emas & coklat yang sedap, akhirnya Ceritera Gadis Sonata (CGS) berwajah baru seiring dengan semangat yang baru. Dah berbulan jugak aku tak keluarkan post baru. Tapi aku tak sesekali lupa untuk menjenguk CGS ku ini. Kerana jenguk-menjenguklah..aku dah tergatal tangan nak ubah CGS kepada wajah baru yang pinky-minky. Haha! Hakikatnya, i don’t like pink. Top 3 warna fevret aku tetap coklat, gold & putih.

Dengan semangat baru, aku juga hadir dengan berita baru. Siapa sangka..tak lama lagi aku dah tak boleh berkepit bawah ketiak ibu & ayah lagi. Syazwana tuan empunya blog ini bakal mendirikan rumah tangga. Tarikhnya? Sedikittt....masa lagi, dalam tahun 2013 ini juga. Sebelum ini aku tidak pernah terfikir apakah tarikh yang tepat untuk aku berkahwin. Namun, kerana jodoh itu kuasa Tuhan, sekitar Jun atau Julai seingat aku...aku & incik tunang terdetik hati untuk mendirikan rumah tangga. Kata si dia, simpanannya sudah ada & mencukupi.. So, ibarat ayat inilah padanannya “this is the right time to get married”. Setelah berbincang dengan family masing2, step2 yang terlibat telah mula digerakkan satu per satu. Setiap orang lain caranya. Ada yang betul2 follow the step. Aku ada step aku sendiri..tak tahulah ianya mengikut kronologi atau tak. Pada aku, yes. Hehe!

One of the steps ni guide untuk u’olls (khususnya anak2 kelahiran Johor) sebagai preparation sebelum kawen:

  • 1st skali aku nak dapatkan Borang Permohonan Nikah. Tapi Johor skang dah tak perlu beli borang lagi sebab skang kena register online.  Maka, aku pun ke Pejabat Agama Daerah Johor Bahru. Di sana, registration aku diisikan seorang pegawai/kakitangan yang bertanggungjawab dalam bidang tugas ini. Maklumat aku & pasangan diminta..seperti nama, alamat, address tempat kerja dll. Di sana juga, pegawai tersebut terus meng-AKTIF-kan pendaftaran ID pengguna. Bila dah diaktif/disahkan, barulah boleh proceed mengisi maklumat wali & seterusnya.
  • Kalau nak register sendiri pun boleh. Korang boleh ke website e-NCR JOHOR. Lengkapkan maklumat untuk register ID pengguna. Jika register sendiri, MESTI register online dalam tempoh 90 hari sebelum nikah. Dalam tempoh 14 hari, call pejabat kadi daerah anda untuk sahkan/aktifkan pendaftaran ID pengguna.
  • Berdasarkan info2 yang aku baca, jika register ID sebelum tibanya 90 hari sebelum tarikh nikah (contohnya register 100 hari sebelum tarikh nikah),  pejabat kadi tidak akan mengaktifkan ID pengguna. Aku tak berhadapan dengan perkara sebegini kerana aku register direct di pejabat agama, registration aku juga terus diaktifkan pada waktu itu. Mungkin itu kelebihan register terus di pejabat agama.
  •  Next, barulah boleh proceed isi maklumat wali dan lain2. Dah settle2 semua, kena cetak okay. Lampirkan bersama dokumen2 lain yang diperlukan..barulah submit di pejabat kadi daerah masing2. (Dokumen2 lain tu apa? Jangan risau. Masa mula2 korang jumpa pegawai kt pejabat agama tu, dia akan bagi list dokumen2 ori/salinan yang diperlukan & dptkn borang HIV sekali di sana).

Sampai di sini dulu perkongsian cerita & infoku dengan korang. Ada masa nanti, aku akan update lagi tentang preparation menjelang hari perkahwinan ok :) Bye...

Tuesday, June 25, 2013

Bintang di Balik Musim Jerebu

As salam & salam sejahtera semua..


      Setelah beberapa hari kawasan di Johor dilanda jerebu yang membahayakan terutama sekali di Muar, akhirnya bacaan IPU di kawasan2 sekitar negeri ini mula menurun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Penglihatan lebih jelas & pernafasan lebih ok. Semoga kawasan2 terjejas di negeri lain juga akan mengalami penurunan bacaan IPU. Sama2 kita doakan ya.

      Dalam pada isu jerebu menjadi topik hangat di sana sini, 23 Jun 2013 telah lahir satu bintang di balik musim jerebu ini. Pastinya bukan tahi bintang yang gugur ke bumi. Ini memang bintang, bukan cobaannn... Bintang yang saya maksudkan ialah Mohd Nasir bin Hamzah atau lebih dikenali dengan nama Achey. Achey yang berasal dari Labis, Segamat ini telah dinobatkan sebagai juara program realiti TV3 "Bintang Mencari Bintang" sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 200,000 dan sebuah trofi. Dia yang menjadi anak didik Harun Salim Bachik membuktikan kemampuannya sebagai comedian yang berbakat kerana pernah beberapa kali menjadi juara mingguan.


Achey ketika mula-mula menghadiri ujibakat di Plaza Angsana. Dia & sifunya menyimpan idea & kesinambungan watak semasa ujibakat ini kerana berhasrat untuk mewujudkan semula "YB Achey" jika ke final.








     Dilahirkan pada 17 Ogos 1986, siapa sangka Achey yang bekerja sebagai seorang mekanik sebelum ini, bukan saja mempunyai bakat melawak tetapi boleh menyanyi dengan baik. Ini terbukti daripada komen2 beberapa penyanyi tanah air.  Dalam konsert pertama Achey, Ajai memberi komen, "Anda bukan sahaja pelawak, tapi seorang penghibur". Dalam konsert ke-6, Hazama menyatakan, "Taring Achey ialah suaranya. Layak menjadi penyanyi berunsur jenaka".

      Meskipun di hujung2 konsert sebelum final, prestasi Achey dilihat menurun sedikit, Achey tekad bangkit & mengambil positif setiap komen yang diberikan para juri. Bak kata Ogy Ahmad Daud dalam konsert ke-6, Ogy bersuara "Saya nak achey cari balik “taring” Achey". Achey & sifunya sememangnya berusaha keras untuk mendapatkan semula 'taring' itu. Dan hasilnya, Achey berjaya memberikan persembahan yang mencuri perhatian penonton dan menghiburkan hati semua yang berada di rumah mahupun yang menyaksikan secara live di Stadium Melawati Shah Alam.


Persembahan pertama Achey sebagai YB sangat mencuit hati dengan aksinya bergerak ke kiri & kanan pentas bersama podium. - Foto Ihsan TV3 

Persembahan kedua Achey bersama sifunya. Melakonkan watak sebagai pemerhati, lakonan mereka benar-benar spontan. - Foto Ihsan Sinar Harian

Kepada mereka yang terlepas menonton konsert akhir Bintang Mencari Bintang dan konsert2 mingguan, boleh melayari laman web tonton & saksikannya. Juga boleh ke youtube bmb yang diupload oleh bintangTV3. Akhir sekali, TAHNIAH Achey!

Wednesday, June 12, 2013

Warkah Buat Ibu & Ayah

Ibu & ayah...
Aku tidak kisah kehilangan apa-apa, tetapi tidak kalian
Kerana aku hanya ada kamu darah dagingku
Aku tidak kisah bersakit & bersusah
Kerana selama ku dibesarkan..kalian banyak berkorban
Wang ringgit tidak mampu menggantikan keringatmu, ayah
Wang ringgit tidak mampu menggantikan helah nafas penatmu, ibu
Jika perlu kuluahkan rasa bertuahnya aku menjadi anak ibu & ayah..
Ingin aku khabarkan pada dunia, aku sayang ibu & ayah!
Meskipun kita hidup serba sederhana, aku gembira
Ibu & ayah sebolehnya mencukupkan keperluanku
Hati kerdil ini bisa nangis mengenangnya
Apa yang orang lain nampak hanya yang indah-indah
Namun kita jua manusia biasa ada jatuh bangunnya
Kita jualah yang saling menguatkan semangat satu sama lain
Ibu & ayah..aku pernah tersungkur & lemah
Kalian menarik aku ke atas semula
Pesanan ini terngiang di telingaku “kuatkan iman”
Setiap kali ibu menyebut “kalau ibu & ayah dah tak ada”,
aku segera menepis kata-kata itu
Balasku “orang muda pun boleh meninggal dulu”
Aku masih perlukan ibu & ayah
Ibu & ayah masih perlukan aku
Tangis aku mereka saja yang bisa hentikannya
Tangis mereka hanya aku yang bisa menyekanya
Terima kasih Allah atas nikmat & kesempatan yang diberi
Kami bahagia dengan apa adanya
Apa yang bakal berlaku, hanya Engkau saja tahu
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Maka bekalkanlah aku, ibu & ayah kekuatan iman
untuk kami meneruskan hidup ini dengan sebaik mungkin
untuk kami bersedia menempuhi apa jua kemungkinan hidup...


Friday, June 7, 2013

BERUNTUNGNYA WANITA

As salam & salam sejahtera..



      Hari ini terpanggil hatiku untuk membicarakan tentang beruntungnya menjadi seorang wanita. Dalam Islam, wanita sangatlah dihormati, dibela & diberikan hak2 tertentu. Sangat berbeza dengan layanan terhadap wanita pada zaman Yunani & Rom. Ini kerana, pada zaman tersebut, kaum wanita tidak pernah mendapat kedudukan dalam masyarakat. Selain dikurung di dalam rumah dan boleh dihalau pada bila2 masa, hak2 kaum wanita ditindas termasuklah soal penerimaan pusaka. Apa yang paling dikesalkan pada masa itu ialah bentuk penderaan yang dilakukan ke atas wanita. Siap ada peralatan mendera lagik tu. Masih aku ingat, aku pernah melihat sendiri alat2 penderaan itu sewaktu pameran berkaitan alat penderaan zaman Yunani & Rom diadakan di Melaka. Semua peralatan itu didatangkan khas dari Eropah bagi merealisasikan pameran di muzium khas yang dinamakn Tortura. Macam2 alat penderaan ada. Salah satu alat penderaan untuk wanita ialah cawat besi yang berkunci. Masya-Allah, dahsyatnya. Bagaimanakah kaum yang bersusah payah mengandung dan melahirkan generasi2 yang ada boleh diperlakukan sebegitu? Seorang bapa boleh menjual anaknya. Suami pula boleh merendam..membakar isteri mereka serta boleh melempar apa saja yang tidak disukai. Tiada perikemanusiaan.

      Memikirkan hal di atas, sesungguhnya kaum wanita pada hari ni sangat2lah beruntung kerana Islam memartabatkan wanita. Dalam Al-Quran, telah diperuntukkan satu surah untuk kaum wanita. Surah An-Nissa membuktikan wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam.

      Hadis Nabi. S.A.W. pula meletakkan wanita pada kuasa terpuncak misalnya hadis yang berbunyi “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.”

      Hadis lain menyebut, “Sesiapa yang memelihara tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan, dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, memberikan pendidikan kepada mereka dan mengahwinkan mereka, maka dia berhak masuk ke dalam Syurga.”
(Riwayat Abu Dawud & Ibn Hibban)

      Beruntunglah kita menjadi seorang wanita. Lihat sahaja di Malaysia, kita diiktiraf. Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz? Gabenor Bank Negara! Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Anum Mohd Saaid? Peguam Negara! Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Heliliah Mohd Yusof? Peguamcara Negara! Datuk Dr. Mazlan Othman? Seorang pakar astronomi!

      Kedudukan demikian tidak mungkin dapat dinikmati oleh para wanita jika amalan kuno masyarakat Yunani & Rom masih diamalkan. Islam telah menyelamatkan kesemuanya. Sememangnya para wanita pada hari ini sangat beruntung. Bahagialah kerana diri anda bergelar seorang WANITA. Agama & negara menghargai nilai & kemampuan anda. Tiada sebab untuk anda tidak yakin pada diri sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada kejayaan :)