As salam & salam sejahtera..
Hari ini terpanggil hatiku untuk
membicarakan tentang beruntungnya menjadi seorang wanita. Dalam Islam, wanita
sangatlah dihormati, dibela & diberikan hak2 tertentu. Sangat berbeza
dengan layanan terhadap wanita pada zaman Yunani & Rom. Ini kerana, pada
zaman tersebut, kaum wanita tidak pernah mendapat kedudukan dalam masyarakat.
Selain dikurung di dalam rumah dan boleh dihalau pada bila2 masa, hak2 kaum
wanita ditindas termasuklah soal penerimaan pusaka. Apa yang paling dikesalkan
pada masa itu ialah bentuk penderaan yang dilakukan ke atas wanita. Siap ada
peralatan mendera lagik tu. Masih aku ingat, aku pernah melihat sendiri alat2
penderaan itu sewaktu pameran berkaitan alat penderaan zaman Yunani & Rom
diadakan di Melaka. Semua peralatan itu didatangkan khas dari Eropah bagi
merealisasikan pameran di muzium khas yang dinamakn Tortura. Macam2 alat
penderaan ada. Salah satu alat penderaan untuk wanita ialah cawat besi yang
berkunci. Masya-Allah, dahsyatnya. Bagaimanakah kaum yang bersusah payah
mengandung dan melahirkan generasi2 yang ada boleh diperlakukan sebegitu? Seorang
bapa boleh menjual anaknya. Suami pula boleh merendam..membakar isteri mereka serta
boleh melempar apa saja yang tidak disukai. Tiada perikemanusiaan.
Memikirkan hal di atas,
sesungguhnya kaum wanita pada hari ni sangat2lah beruntung kerana Islam
memartabatkan wanita. Dalam Al-Quran, telah diperuntukkan satu surah untuk kaum
wanita. Surah An-Nissa membuktikan wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
Islam.
Hadis Nabi. S.A.W. pula
meletakkan wanita pada kuasa terpuncak misalnya hadis yang berbunyi “Syurga itu
di bawah tapak kaki ibu.”
Hadis lain menyebut, “Sesiapa yang memelihara tiga orang anak perempuan
atau tiga saudara perempuan, dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, memberikan pendidikan kepada mereka dan
mengahwinkan mereka, maka dia berhak masuk ke dalam Syurga.”
(Riwayat Abu Dawud & Ibn Hibban)
Beruntunglah
kita menjadi seorang wanita. Lihat sahaja di Malaysia, kita diiktiraf. Apakah
jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz? Gabenor Bank
Negara! Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Anum Mohd Saaid? Peguam
Negara! Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Heliliah Mohd Yusof?
Peguamcara Negara! Datuk Dr. Mazlan Othman? Seorang pakar astronomi!
Kedudukan
demikian tidak mungkin dapat dinikmati oleh para wanita jika amalan kuno
masyarakat Yunani & Rom masih diamalkan. Islam telah menyelamatkan kesemuanya.
Sememangnya para wanita pada hari ini sangat beruntung. Bahagialah kerana diri
anda bergelar seorang WANITA. Agama & negara menghargai nilai &
kemampuan anda. Tiada sebab untuk anda tidak yakin pada diri sendiri. Di mana
ada kemahuan, di situ pasti ada kejayaan :)
No comments:
Post a Comment