Thursday, February 7, 2013

MAKANAN yang aku LOVE

As salam & hello dears....

      Rindunya kat blog CGS..lama aku tak godam! Hari ini siaplah! Ceh... Anyway, di minggu yang serba sejuk & mendung ini, aku mengharapkan korang semua sihat-sihat belaka & dirahmatiNya. Aku di sini baik-baik saja. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku dua bulan kebelakangan ini..tak sempat aku share dengan korang. Antaranya ialah percutian ku di Cameron Highlands, jalan2 cari pasalku di Port Dickson & balik ke pangkal jalan tanah bersejarah Melaka (tempat di mana aku mencari ilmu selama 5 tahun) baru2 ini. Aku just took photo masa kat Cameron je. PD & Melaka...just gambar ibu & ayah. So dalam banyak2 gambar kat Cameron, nilah one of them :)


      Back to tajuk post aku seperti yang tertera kat atas sekali tu. Gonna talk about makan..makan & makan. Bila cuaca sejuk2 ginikan, perut sentiasa kriok..kriok.. Macam2 jenis makanan terlintas dalam kaca fikiran. So let me share my favourite food merangkap makanan yang selalu aku idam2kan :P
Antaranya!


 Sup Tulang Merah Singapore. Lagi2 kalau ada combination ngan roti Perancis. Selalunya aunty aku yang suka buat sup ni. Memang terbaik...


Makanan2 yang ada cheese!!! Tak kisahlah cheezy wedges ke..cheezy pizza ke.. Asalkan ada cheese!


Ke mana tumpahnya coklat kalau tak ke atas kek kan? Disebabkan aku suka coklat lebih2 lagi yang cair, so makan chocolate moist cake 10 kali pun..i guess i'm okay :)

 
Masakan Melayu pun tak dilupakan. Paling fevret ialah ayam masak merah & sambal goreng pengantin yang selalu disediakan oleh nenek tiap kali pulang ke temasik. Sambal gorengnya lain sikitlah tapi tak jauh beza dengan sambal goreng orang jawa :)

Kalau ada yang berminat nak cuba resipi ni, sila klik link di bawah:

Untuk fast food tu..sendiri mau ingatlah. Sendiri kasik duit,tadaaa......ada depan mata. Sila ke KFC, Pizza Hut & kawasan2 seangkatannya. Kek coklat moist pula senang nak cari di mana2 kedai kek & jualan kek online skang. So, boleh beli dengan mudah. Kalau rajin, boleh sediakan sendiri di rumah kann..

Akhir kata, salam sayang dariku. Selamat belajar masak & selamat makan..makan..& makan..! :)

No comments:

Post a Comment