Tuesday, June 25, 2013

Bintang di Balik Musim Jerebu

As salam & salam sejahtera semua..


      Setelah beberapa hari kawasan di Johor dilanda jerebu yang membahayakan terutama sekali di Muar, akhirnya bacaan IPU di kawasan2 sekitar negeri ini mula menurun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Penglihatan lebih jelas & pernafasan lebih ok. Semoga kawasan2 terjejas di negeri lain juga akan mengalami penurunan bacaan IPU. Sama2 kita doakan ya.

      Dalam pada isu jerebu menjadi topik hangat di sana sini, 23 Jun 2013 telah lahir satu bintang di balik musim jerebu ini. Pastinya bukan tahi bintang yang gugur ke bumi. Ini memang bintang, bukan cobaannn... Bintang yang saya maksudkan ialah Mohd Nasir bin Hamzah atau lebih dikenali dengan nama Achey. Achey yang berasal dari Labis, Segamat ini telah dinobatkan sebagai juara program realiti TV3 "Bintang Mencari Bintang" sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 200,000 dan sebuah trofi. Dia yang menjadi anak didik Harun Salim Bachik membuktikan kemampuannya sebagai comedian yang berbakat kerana pernah beberapa kali menjadi juara mingguan.


Achey ketika mula-mula menghadiri ujibakat di Plaza Angsana. Dia & sifunya menyimpan idea & kesinambungan watak semasa ujibakat ini kerana berhasrat untuk mewujudkan semula "YB Achey" jika ke final.








     Dilahirkan pada 17 Ogos 1986, siapa sangka Achey yang bekerja sebagai seorang mekanik sebelum ini, bukan saja mempunyai bakat melawak tetapi boleh menyanyi dengan baik. Ini terbukti daripada komen2 beberapa penyanyi tanah air.  Dalam konsert pertama Achey, Ajai memberi komen, "Anda bukan sahaja pelawak, tapi seorang penghibur". Dalam konsert ke-6, Hazama menyatakan, "Taring Achey ialah suaranya. Layak menjadi penyanyi berunsur jenaka".

      Meskipun di hujung2 konsert sebelum final, prestasi Achey dilihat menurun sedikit, Achey tekad bangkit & mengambil positif setiap komen yang diberikan para juri. Bak kata Ogy Ahmad Daud dalam konsert ke-6, Ogy bersuara "Saya nak achey cari balik “taring” Achey". Achey & sifunya sememangnya berusaha keras untuk mendapatkan semula 'taring' itu. Dan hasilnya, Achey berjaya memberikan persembahan yang mencuri perhatian penonton dan menghiburkan hati semua yang berada di rumah mahupun yang menyaksikan secara live di Stadium Melawati Shah Alam.


Persembahan pertama Achey sebagai YB sangat mencuit hati dengan aksinya bergerak ke kiri & kanan pentas bersama podium. - Foto Ihsan TV3 

Persembahan kedua Achey bersama sifunya. Melakonkan watak sebagai pemerhati, lakonan mereka benar-benar spontan. - Foto Ihsan Sinar Harian

Kepada mereka yang terlepas menonton konsert akhir Bintang Mencari Bintang dan konsert2 mingguan, boleh melayari laman web tonton & saksikannya. Juga boleh ke youtube bmb yang diupload oleh bintangTV3. Akhir sekali, TAHNIAH Achey!

Wednesday, June 12, 2013

Warkah Buat Ibu & Ayah

Ibu & ayah...
Aku tidak kisah kehilangan apa-apa, tetapi tidak kalian
Kerana aku hanya ada kamu darah dagingku
Aku tidak kisah bersakit & bersusah
Kerana selama ku dibesarkan..kalian banyak berkorban
Wang ringgit tidak mampu menggantikan keringatmu, ayah
Wang ringgit tidak mampu menggantikan helah nafas penatmu, ibu
Jika perlu kuluahkan rasa bertuahnya aku menjadi anak ibu & ayah..
Ingin aku khabarkan pada dunia, aku sayang ibu & ayah!
Meskipun kita hidup serba sederhana, aku gembira
Ibu & ayah sebolehnya mencukupkan keperluanku
Hati kerdil ini bisa nangis mengenangnya
Apa yang orang lain nampak hanya yang indah-indah
Namun kita jua manusia biasa ada jatuh bangunnya
Kita jualah yang saling menguatkan semangat satu sama lain
Ibu & ayah..aku pernah tersungkur & lemah
Kalian menarik aku ke atas semula
Pesanan ini terngiang di telingaku “kuatkan iman”
Setiap kali ibu menyebut “kalau ibu & ayah dah tak ada”,
aku segera menepis kata-kata itu
Balasku “orang muda pun boleh meninggal dulu”
Aku masih perlukan ibu & ayah
Ibu & ayah masih perlukan aku
Tangis aku mereka saja yang bisa hentikannya
Tangis mereka hanya aku yang bisa menyekanya
Terima kasih Allah atas nikmat & kesempatan yang diberi
Kami bahagia dengan apa adanya
Apa yang bakal berlaku, hanya Engkau saja tahu
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Maka bekalkanlah aku, ibu & ayah kekuatan iman
untuk kami meneruskan hidup ini dengan sebaik mungkin
untuk kami bersedia menempuhi apa jua kemungkinan hidup...


Friday, June 7, 2013

BERUNTUNGNYA WANITA

As salam & salam sejahtera..



      Hari ini terpanggil hatiku untuk membicarakan tentang beruntungnya menjadi seorang wanita. Dalam Islam, wanita sangatlah dihormati, dibela & diberikan hak2 tertentu. Sangat berbeza dengan layanan terhadap wanita pada zaman Yunani & Rom. Ini kerana, pada zaman tersebut, kaum wanita tidak pernah mendapat kedudukan dalam masyarakat. Selain dikurung di dalam rumah dan boleh dihalau pada bila2 masa, hak2 kaum wanita ditindas termasuklah soal penerimaan pusaka. Apa yang paling dikesalkan pada masa itu ialah bentuk penderaan yang dilakukan ke atas wanita. Siap ada peralatan mendera lagik tu. Masih aku ingat, aku pernah melihat sendiri alat2 penderaan itu sewaktu pameran berkaitan alat penderaan zaman Yunani & Rom diadakan di Melaka. Semua peralatan itu didatangkan khas dari Eropah bagi merealisasikan pameran di muzium khas yang dinamakn Tortura. Macam2 alat penderaan ada. Salah satu alat penderaan untuk wanita ialah cawat besi yang berkunci. Masya-Allah, dahsyatnya. Bagaimanakah kaum yang bersusah payah mengandung dan melahirkan generasi2 yang ada boleh diperlakukan sebegitu? Seorang bapa boleh menjual anaknya. Suami pula boleh merendam..membakar isteri mereka serta boleh melempar apa saja yang tidak disukai. Tiada perikemanusiaan.

      Memikirkan hal di atas, sesungguhnya kaum wanita pada hari ni sangat2lah beruntung kerana Islam memartabatkan wanita. Dalam Al-Quran, telah diperuntukkan satu surah untuk kaum wanita. Surah An-Nissa membuktikan wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam.

      Hadis Nabi. S.A.W. pula meletakkan wanita pada kuasa terpuncak misalnya hadis yang berbunyi “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.”

      Hadis lain menyebut, “Sesiapa yang memelihara tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan, dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, memberikan pendidikan kepada mereka dan mengahwinkan mereka, maka dia berhak masuk ke dalam Syurga.”
(Riwayat Abu Dawud & Ibn Hibban)

      Beruntunglah kita menjadi seorang wanita. Lihat sahaja di Malaysia, kita diiktiraf. Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz? Gabenor Bank Negara! Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Anum Mohd Saaid? Peguam Negara! Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Heliliah Mohd Yusof? Peguamcara Negara! Datuk Dr. Mazlan Othman? Seorang pakar astronomi!

      Kedudukan demikian tidak mungkin dapat dinikmati oleh para wanita jika amalan kuno masyarakat Yunani & Rom masih diamalkan. Islam telah menyelamatkan kesemuanya. Sememangnya para wanita pada hari ini sangat beruntung. Bahagialah kerana diri anda bergelar seorang WANITA. Agama & negara menghargai nilai & kemampuan anda. Tiada sebab untuk anda tidak yakin pada diri sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada kejayaan :)