Sunday, July 17, 2011

Segalanya Bermula..

As salam... :) Rasanya macam bermimpi jek bila aku tetiba rajin nk menjengah and men-decorate blog ku ini setelah hampir setahun ianya tak di-manage. Segalanya bermula dalam bulan Julai 2010. Kalo bukan kerana salah sorang pensyarahku Dr.B (bukan nama sebenar) yang menyuruh kami create blog masing2, aku rasa..tak tercuit walau seinci pun blogspot nih. Al-maklumlah, aku memang tak pernah amik tahu cara2 nk wat blog sendiri & tak pernah minat pun sebenarnya sebelum ni. Aku cuma ske baca blog orang len. Tp credit & thanx lah to Dr.B sebab pensyarahku yang baru beberapa bulan retired ni dah menggalakkan aku & kengkawan untuk ada blog masing2.

Tentang nape aku namakan blog aku sebagai
Ceritera Gadis Sonata sebab... Aku fans drama Winter Sonata (WS). Tak silap aku, drama ni mula menarik ramai penonton Malaysia untuk melekat di depan tv dalam tahun 2002. Masa tu aku still skola menengah lagi. Berbanding drama Korea yang baru2, WS ada nilai sentimentalnya yang tersendiri & lebih 'senior'..hehe.. Hurmm..patotnya blog aku ni bertemakan salji kan..kan..hehe. Mesti korang pelik kenapa blog aku ni bertemakan warna coklat siap dengan gambar coklat lagik. Sebenarnya, aku sangat suka warna coklat & makan coklat. Jadi, biarlah aku jodohkan gelaranku sebagai 'gadis sonata' dengan coklat. Anggap sajalah ini sebagai identiti blog seorang insan happy go lucky bernama Syazwana. Maka dengan itu, pembaca sekalian & kawan2ku, sudi2kanlah mengikuti blogku ini. Aku melakukan sesuatu mengikut kemampuanku. Sememangnya, masih banyak sebenarnya yang harus aku perbaiki. Thanx sumer..daaa... ;)





No comments:

Post a Comment