Saturday, December 15, 2012

Tersirat

As salam & salam kasih sayang...

      Seperti biasa, kalau aku muncul kat sini pasti bersebab & ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Hmm..malam tadi aku teringat pada buku2 zaman sekolah. Rasa rindu nak baca pada apa yang aku pernah tulis lebih-lebih lagi kalau membaca sesuatu yang tiada kaitan dengan pelajaran. Haa..memang kelakar. Zaman sekolah memang zaman tangan gatal. Pantang ada kertas & pen..ada saja benda yang nak ditulis. Haii..itulah aku..yang mula dipanggil sebagai 'Syaz' bermula Tingkatan 2 seingat aku.

      Bongkar punya bongkar, aku jumpa sebuah buku berwarna coklat berlatar belakangkan dedaun zaman dinosaur..yeke? Entahlah. Ala2 daun winter sonata pun ye jugak. Itulah dia buku yang penuh dengan puisi2 aku yang tak berapa nak hebaq. Sekali baca..aku tersenyum. Dua kali baca pun masih tersenyum. Hati sendiri pun berbisik, "Aku ke yang tulis macam ni masa tu? Gila jiwang." Sebenarnya aku pernah ada diari masa form 1 dulu, tp sebenarnya aku tak percaya pada diari..aku rasa 1 day org lain akan jumpa & baca. So, aku koyak2 diari tu & buang :P Sebab itulah aku banyak tulis puisi. Perasaan yang diterjemahkan melalui puisi lebih tersirat untuk difahami orang lain. Aku lebih selesa begitu sebab setiap puisi yang ditulis mengingatkan aku pada peristiwa apa yang telah berlaku dalam kehidupanku. Namun, ada juga puisi yang saja-saja aku karang masa tu untuk isi masa lapang.

      Menurut pemerhatianku sendiri, aku merasakan penulisan puisiku mulai matang sedikit menjengah usia 15tahun (tingkatan 3). Ayatnya lebih tersusun berbanding sebelumnya. Makna tersirat pun makin menebal di balik puisi yang semakin matang mengikut peredaran usiaku. Jadi, aku ingin kongsikan salah 1 puisi karanganku masa zaman sekolah. Siap ada tarikh tercatat untuk mengingatkan aku bila puisi ini ditulis dalam buku tu. Dengan ini aku persembahkan sebuah puisi bertajuk PELAYARAN NAKHODA, bertarikh 29 Disember 2003. Ngee````....... (Sila tutup mulut anda dengan tapak tangan kalau rasa nak ketawa) Hehe..

Kalau perasaan boleh berkata
Maka ia akan berkata
Aku bagai tersembunyi di balik awan
Menangis tanpa lagu
Merintih tanpa saksi
Terasa diri di lubuk terakhir
Mundur..sayu..hampa..

Kapal berlayar melayan gelora
Nakhodanya bijak
Sayang sekali tiada pun tiba di pelabuhan
Khabarnya karam
Khabarnya jua..nakhoda bijak terlepas pandangan
Saat itu ujiannya getir
Berhempas-pulas mengawal laluan
Ramai mengharap kapal kan tiba
Sayang seribu kali sayang
Kapal hanyut tersadai di pesisiran
Nakhoda hanyut hilang di lautan

      Itu sahaja yang ingin aku kongsikan. Kadang2 tengok tulisan lama2..memang lucu. Apelah yang difikirkan masa tu? Pelbagai persoalan yang BERjawab sebenarnya, tetapi jawapan itu yang tidak aku endahkan ada masanya. Kehidupan memang banyak ujian. Kalau tak diuji, manusia mungkin akan terus leka dengan duniawinya. Apa yang penting, semua yang berlaku adalah bersebab. Ia juga diiringi hikmah yang tersendiri. Kita kena PEKA dan memPERBAIKI diri. InsyaAllah semuanya akan baik2 saja. Sekian... :)

No comments:

Post a Comment