Wednesday, March 13, 2013

Lahad Datu..Sebuah Epik Perjuangan

As salam & salam sejahtera...

Seperti yang kita semua tahu..insiden pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, ini mengingatkan kita tentang apa yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Meskipun zaman penjajahan & kekejaman Jepun & Komunis telah lama berlalu..peristiwa pencerobohan di Lahad Datu membawa kita kepada satu kesedaran & tanda ingatan kepada jasa-jasa pahlawan negara. Perajurit negara tidak pernah gentar mempertahankan kedaulatan negara. Mereka mara ke hadapan menentang musuh. Insan-insan tersayang ditinggalkan demi bakti kepada sebuah tanah air..tempat tumpahnya darah. Jangan dipertikai sesebuah pengorbanan. Jika kita tercampak dalam era penyeksaan  Jepun & Komunis, mahukah kita? Jika di zaman moden ini..Johor..Kuala Lumpur..mahupun negeri apa saja ditawan, mahukah kita? Negara kita Malaysia adalah negara yang berdaulat. Malaysia ada kerana jasa pejuang2 & tokoh2 negara. Malaysia juga ada kerana sokongan nenek moyang kita. Semangat itu yang diturunkan kepada generasi yang bervisikan Wawasan 2020. Jika kita tidak menghargai, janganlah mencaci. Jika kita tidak menghargai, janganlah mencorak iri & dengki. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, memahami & cintakan keamanan, kita perlu mendoakan & terus menyokong wira-wira kita. Sebagai salah satu penghargaanku kepada wira2 di Lahad Datu, gambar2 ini tanda ingatan...











 


No comments:

Post a Comment