Wednesday, November 9, 2011

Alahai Test JPJ..

As salam & salam 1 Malaysia :) Alamak, rasa bersalah plak sebab dah lama aku tak update2 perkembangan terkiniku. Nak kata bz, taklah bz mana pun. Cuma mood nak menulis tu je yang tak ado. Bila mood tak ado, idea mulalah malu2 kucing nak keluar. Kalau ada pun, idea tu main chak-chak..membuat aku terlupa apa yang ingin aku kongsikan.. Tapi, siang tadi tetiba aku benar-benar rindu pada blog aku nih. Rasa tak sampai hati nak biarkan dia terkontang-kanting tanpa belaian tuannya.

Kebetulan aku pun ada cerita nak dikongsikan. Memang langkah kanan lah kan. Semalam.. Ye semalam..menjadi hari penentu buatku. Bunyinya macam antara hidup dan mati je, tapi tak adalah sampai macam tu pun. Begini, semalam pertama kali aku amik test JPJ untuk mendapatkan lesen D iaitu lesen kereta. Pagi tu macam2 hal yang membuat jantung aku dup dap dup dap.. Mana taknya. Cikgu ku lewat menjemputku. Katanya pukul 7.30. Lepas tu postpone pukul 8.30. Tapi Cikgu datang hampir 9.30 pagi. Bayangkan, makin lama menanti..makin seksa rasa..haha. Bila sampai sana, dah ramai sedang tunggu giliran untuk di-test pagi tu. Aku ni belakang2 la gilirannya sebab lambat.

Test pagi tu dimulakan dengan dengan test kat bukit, parking & 3 penjuru. Nak tergelak aku tengok kawan2 yang lain. Bukan sebab aku bagus sangat. Tapi sebab yang poyo pun ada di celah2 orang yang merendah diri. Ada sorang mamat tu..muka kerek kunyah gula getah bangga sebab tayarnya tepat masuk line kuning kat atas bukit..tapi..bila disuruh teruskan perjalanan turun dari bukit untuk ke parking..keretanya mengundur ke belakang. Serentak itu, whistle pun dibunyikan menandakan OUT U GO.. Tulah, jangan bangga sangat sebelum benar-benar sampai di garisan penamat. Lama aku tunggu..akhirnya giliranku tiba. Aku ni jenis darah gemuruh. Hanya Tuhan je tahu yang kaki aku dah tergeliat tekan clutch sebab tetiba tapak kasut aku licin di hari2 penting ni. Masa tu, tawakal je sambil kata dalam hati, "Kalau aku angkat terus kaki aku untuk dibetulkan kedudukannya, confirm clutch terlepas masa parking. Kalo terlepas, bukan aku je yang mati..enjin tu hah yang mati. Oh,tidak!" Maka, aku bertahan agak lama walaupun sengsara. Dan akhirnya, test bukit, parking & 3 penjuru tu..aku lulus.

Tak lama lepas tu, aku tunggu giliran untuk test di jalan raya. Memang aku banyak menunggu hari tu. Tapi nak buat macam mana. Tak lama lepas tu kedengaran suara seorang 'encik', "No.27!" Berkali2 diulangnya angka itu tetapi tuan empunya nombor 27 itu entah ke mana2. Tak pasal2 keluar "Siapa No.2? No.2!" Haa..itulah nombor aku. Aku ingatkan dia nak suruh aku bersiap sedia. Rupanya, bukan suruh bersiap-sedia. Tapi suruh aku terus ke sebuah kereta Kancil yang di dalamnya sudah ada Abang JPJ @ Abang Botak. Otak aku jadik zero time tu. Aku bantai je bawak. Cikgu kata masuk je kereta beri salam & jangan belagak bagus @ sombong. Aku pun merendah diri. Sememangnya aku tak tahu memandu sangat pun. Masih baru lagi.

Hurmm.. Bila aku dah pandu ikut laluan ujian dan dah sampai institut memanduku semula..aku pun parking. Lalu aku bertanya, "Encik, saya lulus tak?" Bila Abang Botak itu kata aku lulus, aku pun berterima kasih. Sayonara hati yang gundah sebelum ni..hehe. Kesimpulannya, kita manusia ni tak akan pernah cukup ilmunya. Walaupun dah belajar macam2, kita tetap mencari ilmu sampai mati. Jadi, janganlah sombong seolah2 sudah penuh ilmu di dada. Pertama, berdoa kepada Allah s.w.t untuk mendapatkan sesuatu perkara..kemudian usaha & bertawakal. Kedua, sentiasalah merendah diri dan menerima teguran yang baik. Merendah diri biar ada optimisnya..biar bertempat, janganlah jadi pesimis sangat. Sekian, renung2kan ya :)

No comments:

Post a Comment