Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda..Auumm!!

As salam & hai semua :) Sedikit lewat aku menaip entry terbaru ni. Walau bagaimanapun, aku tidak mahu terlepas merakam kenangan terindah ini dengan bait-bait kata melalui blogku. Apa lagi kalau bukan berita baik Harimau Muda kita yang berjaya menewaskan Indonesia dalam sukan bola sepak di Sukan Sea ke-26 dua hari lepas iaitu 21 November 2011. Kejayaan ini melegakan hati para pemain..juga melegakan hati rakyat Malaysia terutamanya. Setelah banyak rintangan yang dihadapi para pemain di negara jiran kita itu, akhirnya kesabaran mereka berbaloi dengan kemenangan tersebut. Selepas terikat 1-1 dalam perlawanan penuh gelora di Stadium Gelora Bung Karno, penentuan penalti akhirnya berpihak kepada negaraku..tanah tumpahnya darahku. 4 berbalas 3.. Ya! Malaysia 4 - Indonesia 3! Ia sekaligus melengkapkan emas ke-59 kontinjen Malaysia. Mereka yang telah berhempas-pulas untuk memastikan pingat emas dibawa pulang ke Malaysia..tidak lain & tidak bukan..





Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.
Pertahanan
: Mahali Jasuli, Mohd Mus
lim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.
Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.
Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani

Credit & thanx to:
http://www.enciknakal.com/2011/11/senarai-pemain-bola-sepak-malaysia-sukan-sea-2011-indonesia.html#ixzz1eVb7xH3j
hmm..kerana telah memudahkan usahaku dalam carian senarai pemain bola sepak Malaysia di Sukan Sea 2011 Indonesia ini. Semoga skuad Harimau Muda akan terus beraksi dengan baik untuk masa yang akan datang & terus matang sebagai Harimau Malaya kebanggaan negara.


Syabas kepada semua Harimau Muda yang garang! Auumm!! :)

No comments:

Post a Comment