Tuesday, June 25, 2013

Bintang di Balik Musim Jerebu

As salam & salam sejahtera semua..


      Setelah beberapa hari kawasan di Johor dilanda jerebu yang membahayakan terutama sekali di Muar, akhirnya bacaan IPU di kawasan2 sekitar negeri ini mula menurun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Penglihatan lebih jelas & pernafasan lebih ok. Semoga kawasan2 terjejas di negeri lain juga akan mengalami penurunan bacaan IPU. Sama2 kita doakan ya.

      Dalam pada isu jerebu menjadi topik hangat di sana sini, 23 Jun 2013 telah lahir satu bintang di balik musim jerebu ini. Pastinya bukan tahi bintang yang gugur ke bumi. Ini memang bintang, bukan cobaannn... Bintang yang saya maksudkan ialah Mohd Nasir bin Hamzah atau lebih dikenali dengan nama Achey. Achey yang berasal dari Labis, Segamat ini telah dinobatkan sebagai juara program realiti TV3 "Bintang Mencari Bintang" sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 200,000 dan sebuah trofi. Dia yang menjadi anak didik Harun Salim Bachik membuktikan kemampuannya sebagai comedian yang berbakat kerana pernah beberapa kali menjadi juara mingguan.


Achey ketika mula-mula menghadiri ujibakat di Plaza Angsana. Dia & sifunya menyimpan idea & kesinambungan watak semasa ujibakat ini kerana berhasrat untuk mewujudkan semula "YB Achey" jika ke final.








     Dilahirkan pada 17 Ogos 1986, siapa sangka Achey yang bekerja sebagai seorang mekanik sebelum ini, bukan saja mempunyai bakat melawak tetapi boleh menyanyi dengan baik. Ini terbukti daripada komen2 beberapa penyanyi tanah air.  Dalam konsert pertama Achey, Ajai memberi komen, "Anda bukan sahaja pelawak, tapi seorang penghibur". Dalam konsert ke-6, Hazama menyatakan, "Taring Achey ialah suaranya. Layak menjadi penyanyi berunsur jenaka".

      Meskipun di hujung2 konsert sebelum final, prestasi Achey dilihat menurun sedikit, Achey tekad bangkit & mengambil positif setiap komen yang diberikan para juri. Bak kata Ogy Ahmad Daud dalam konsert ke-6, Ogy bersuara "Saya nak achey cari balik “taring” Achey". Achey & sifunya sememangnya berusaha keras untuk mendapatkan semula 'taring' itu. Dan hasilnya, Achey berjaya memberikan persembahan yang mencuri perhatian penonton dan menghiburkan hati semua yang berada di rumah mahupun yang menyaksikan secara live di Stadium Melawati Shah Alam.


Persembahan pertama Achey sebagai YB sangat mencuit hati dengan aksinya bergerak ke kiri & kanan pentas bersama podium. - Foto Ihsan TV3 

Persembahan kedua Achey bersama sifunya. Melakonkan watak sebagai pemerhati, lakonan mereka benar-benar spontan. - Foto Ihsan Sinar Harian

Kepada mereka yang terlepas menonton konsert akhir Bintang Mencari Bintang dan konsert2 mingguan, boleh melayari laman web tonton & saksikannya. Juga boleh ke youtube bmb yang diupload oleh bintangTV3. Akhir sekali, TAHNIAH Achey!

No comments:

Post a Comment